Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Tenaga Rohani & Daya Gunanya - page 29



 Tenaga Rohani Dengan Daya Gunanya

Diri yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi aliran kehidupan kepada badan menurut saluran-saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mealirI seluruh batang tubuh kita yang dinamakan Jasmani, dengannya terdirilah pula rohani.

Jasmani ialah jasad atau badan, keadaannya nyata (positif).

Diri yang memberi daya hidup mealiri badan atau jasad, maka dia merupakan gambaran dalam bentuk jasmani, yang diberi nama Rohani. Keadaan tidak nyata (negatif). Jadi, adalah pada kita aliran positif dan aliran negatif.

Sebenarnya dalam batang-tubuh kita, kalau dipercayai, didapati tiga aliran, iaitu:
Pertama : Aliran nyata, Aliran Jasmani.
Kedua : Aliran tidak nyata, Aliran Rohani.
Ketiga : Aliran di balik tidak nyata, Aliran Diri.
Ketiga-tiga aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita:
• Aliran Rohani berada di dalam Aliran Jasmani
• Aliran Diri berada dalam Aliran Rohani

Dan pokok pangkal dari segala pergerakkan ialah:
• Aliran Diri menghidupkan Aliran Rohani dan mendatangkan Aliran Jasmani
• Aliran Jasmani merupakan darah
• Aliran Rohani merupakan stroom dan Aliran Diri iaitu hidup yang mengisi stroom.

Satu tetapi tiga, keadaannya kandung-mengandung, jasmani mengandung rohani dan rohani mengandung diri.
Atau dari kasar ke halus dan ke lebih halus (isi). Untuk mengetahui dan menguasai Aliran Rohani, kita kembali kepada jalan yang telah kita temui iaitu jalannya diri yang telah menembus alam sendiri atau badan sendiri.

[nota 'Ain Mutiara: Asalnya Bapak Dr. Baginda Muchtar menyatakan 2 sahaja aliran dalam batang -tubuh , Izin Allah akan dihurai berasingan dalam blog yang satu lagi]

Dengan telah ditemui aliran diri, dengan sendirinya kita telah menemui pula Aliran Rohani kerana Aliran Diri itu terkandung dalam Aliran Rohani. Dan adalah Aliran Rohani itu jalan bagi Aliran Diri. Dan setelah kita dapat memahami keduanya, maka dapatlah kita membezakan jalan atau stroom dan mana pula yang isi.

Dan telah kita temui dan kuasai itu tenaga yang tersembunyi, yang amat banyak mengandung rahsia, iaitu tenaga ghaib (metaenergy), yang letaknya ialah di tangan kita, atau pada kita. Asalnya dari dalam, dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya, kerana adalah dia itu serbaguna.

Untuk itu kita harus serba tahu.
Ketahuilah Diri mu lebih dahulu, supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia diri mu itu.



.

No comments:

Post a Comment