Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainan - page 120

Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainan pandangan hidup dari biasa. Orang-orang pada mendatangiku, begitupun pula rezeki bagiku mendatang pula. Aku tidak perlu bekerja keras untuk mencari keperluan hidup. Diriku dapat menghubungi yang badanku tak dapat menghubunginya. Diriku dapat banyak berbuat yang aku dengan badanku tak dapat berbuat. 



Segala pintu dapat dimasuki oleh diriku dengan jalannya, pada jalannya. Dengan jalannya sendiri, diriku bisa menurutkan segala macam jalan. Diriku tidak sombong dan tidak pula takbur. Diriku halus, tetapi tidak nampak, lebih halus dari yang halus. Dan masih banyak lagi yang harus kuketahui tentang kesanggupan diriku. Dan aku akan terus menggali rahsianya. Padanyalah itu aku temui seperti yang dikatakan orang, ‘Jauh tak berantara, dekat tak berbatas.’



Di mana tempatnya diriku nanti setelah ‘A’-ku kembali ke Hadirat Tuhanku dan badanku dikembalikan ke tanah? Belum dapat aku mengetahuinya. Yang aku ketahui, padanya tertulis segala amal perbuatanku. 



Badanku kalau hendak makan, minum, tangankulah yang bekerja. Mahu berjalan, kakikulah yang melangkah.



Diriku berbuat untuk badanku. Siapa yang mengisi diriku? Inilah yang menyebabkan aku mencari yang di balik diriku yang bernama ‘A’ bagi ‘ku.’


Maka adalah ‘A’-ku ialah Roh yang asalnya ditiupkan Tuhan ke dalam badanku. 



Aku insaf badanku tak kuat. Diriku miskin, tak punya. Oleh kerana itulah makanya aku hendak mengetahui ‘A’ dari ‘ku’ yang sebenarnya kerana timbulku darinya. 


Aku telah dapat merasakan berdiri pada badan. Aku telah dapat merasakan berdiri pada diri dan sekarang aku akan berdiri pada ‘A’-ku. 



Dengan berdiri pada ‘A’ dari ‘ku’ dapat kuketahui dan dapat pula kukatakan bahawa jalannya ialah ‘memusat;’ satu perjalanan menuju ke "Pusat" dari segala pusat iaitu kepada Tuhan yang disebut Allah.



.

No comments:

Post a Comment