Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Apa yang dikehendaki diri dari kita? - page 108

Apa yang dikehendaki diri dari kita? Yang dikehendaki diri ialah penyerahan; penyerahan keseluruhannya supaya dia bisa bebas berbuat. Serahkanlah seluruh badan kepadanya sehingga dia yang menguasainya dan supaya dapat dia merasakan keadaan badannya sendiri.


Ketahuilah bahawa kehidupan diri kita di dalam terbatas oleh bulu dan kulit kita. Oleh kerana badan tak mengetahuinya dan tak pernah mahu mengenalinya, maka pintu untuknya keluar sentiasa tertutup. Badan terlampau berpegang kepada kenyataan, kepada
yang ada. 


Walaupun dia mengetahui dan mengakui bahawa padanya ada diri yang letaknya di dalam batang-tubuhnya, maka anggapannya pada dirinya sendiri itu seumpama barang mati (pasif, tidak aktif), padahal kerana badannya makanya diri itu diadakan. Kerana burunglah makanya sangkar dibuat.



Diri yang patut dikenali itu :

• Berdiri dengan sendirinya bagi badan, memberi daya hidup kepada badan kita di dalam dengan mealiri seluruh batang tubuh kita menurut jalannya aliran darah kita.

• Dia mengandung daya tenaga yang ada pada badan yang dinamakan tenaga ghaib, yang tak bisa dilihat.

• Untuk dapat mengenalnya lebih mendalam, diri harus dapat menembus dinding yang membatasinya dengan alam luar dan keluar melalui pintu-pintu tertentu. Ini akan kejadian setelah kita dapat merubah pandangan hidup; yang kalau tadinya badan yang dianggap kita, setelah kita dapat menyerahkan badan kita padanya sampai badan tadi telah menjadi kepunyaannya, maka dirilah yang menjadi kita iaitu diri yang berbadan.

• Diri akan membawa badan bergerak dengan menembus alam sendiri dan lambat-laun tetapi pasti akan dapat merasakan yang bahawa pintu baginya telah terbuka iaitu yang dapat benar kita merasakannya ialah melalui hujung jari-jari, hujung kuku kita. Padanya ada jalan iaitu jalan sendiri di dalam dan kalau kita dapat menemui jalan itu dan kita cuba menuruti jalannya, maka dengan beransur-ansur rahsianya akan terbuka dan dapat dimengerti. Jalannya berisi dan isinya menghendaki penelitian kita lebih mendalam untuk dapat mengambil manfaat daripadanya.


Aku mengatakan jalan itu adalah memberi nikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Kita yang di luar (badan) dapat belajar daripadanya dengan menurutkan jalannya. Untuk ini aku
ingatkan kepada kisah perjalanan dua orang hamba Allah iaitu Nabi Musa dan Nabi Khidir. 


Nabi Musa dapat menemuinya dengan petunjuk Tuhan, di pertemuan permukaan dua laut, dan aku dapat menemuinya dengan petunjuk al-Qur’an di waktu dapat membaca kisah perjalanan kedua orang hamba Allah itu di pertemuan permukaan kiri dan kanan. 


Dan begitulah aku dapat menemukan jalan diriku sendiri. Aku kemukakan diriku dengan menghemat kepada tenaga lahirku yang lemah. Badanku tak kuat, punggungku cacat sesudah mengalami dua kali pembedahan. 



Aku mempergunakan tenaga baru yang selama ini bagiku terpendam dan belum pernah aku mengenalnya secara langsung. Aku kasihan ke badanku yang telah banyak menjalankan kehidupan dengan telah banyak pula pengalaman, akan tetapi tak banyak menghasilkan.



Aku teringat akan hari tuaku, masa depanku dan hari terakhirku, dan apa yang akan kupersembahkan kepada Tuhan-ku nanti. Aku ingin hidup untuk lebih lama lagi, kalau boleh untuk seribu tahun lagi. 



Kerana apa? Ya, kerana aku banyak menemui dan mendapat tenaga-tenaga baru yang akan kupergunakan untuk tujuan hidup dengan tidak menyusahkan badanku sendiri dan orang lain. 



Ini aku perdapat setelah aku dapat menemui dan mengenal diriku sendiri yang banyak mengandung rahsia itu. Kumpulan tenaga-tenaga baru yang ada di diriku itu adanya tidak terbatas kerana selain yang ada padaku, sangat banyak adanya di luar. Dan pada diriku ada jalan untuk menghubungi tenaga tenaga yang banyak di luar itu. 



Dan begitulah pula aku yang tadinya terlampau percaya kepada kenyataan, kebendaan, kepada kesanggupan badan dengan tidak mengindahkan diri, semenjak aku dapat menemui dan mengenal diriku yang banyak mengandung rahsia itu, menjalankan kehidupanku dengan mempergunakan jalan diriku untuk tujuan sesuatu, dengan pengertian dirikulah yang berbuat dengan mengikut sertakan badanku. Dan dalam pada itu tenaga badanku tidak banyak berbuat.



Aku perbaiki kesalahan yang diperbuat oleh badanku selama ini, dengan diriku yang berbuat sebagai amalanku. Banyak sudah diriku berbuat dan banyak pula sudah orang mendapat hikmahnya dari perbuatan diriku itu. Tak kurang pula orang yang mendatangiku untuk meminta sesuatu padaku. Mereka–mereka yang mendatangiku ingin mempunyai seperti apa yang telah kupunyai dan aku berikanlah apa yang ada padaku, di diriku. Sayang, banyak di antara mereka tidak mengerti dan salah tangkapan.



Kalau tadinya aku berat ke luar, maka dengan pembawaan diriku, dengan berdiri di diriku maka aku jadi berat ke dalam. Oleh kerananya, aku lebih senang tinggal dalam rumah daripada bepergian tak tentu arah tujuan, dan perasaanku bertambah lebih senang lagi di waktu aku duduk sendiri dengan menyendiri. Dan di waktu itu banyaklah yang aku perbuat dan perdapat. Oleh amal perbuatan diriku itu, aku mulai dikenal orang dan berubah pandangan orang yang telah kenal padaku tadinya, dan tak kurang pula banyaknya orang yang kenal namaku kerana banyak disebut orang akan tetapi tak kenal rupa dan bentukku. Ini oleh kerana pembawaan diriku yang lebih suka tinggal di rumah. Dan
akibatnya, bermacam pula penilaian orang terhadap badan diriku.




Dan bagiku sendiri membawa akibat juga. Kadang-kadang dengan tidak aku sedari, aku sudah begitu jauh tenggelam dengan diriku sampai aku lupa kepada kewajipan lahirku dan kebanyakan perbuatan orang, banyak yang tidak aku sukai. Tempoh-tempoh aku harus menyesuaikan diriku dengan orang lain, supaya ada saling pengertian. Perbuatan seperti ini bagiku suatu kemunduran.



Aku yang telah duduk di universiti (fakultas), tempo-tempo dipaksa untuk berfikir cara di tingkatan S.M.P., kadang kadang di sekolah rendah dan tidak kurang pula menjadi seorang
yang tak bersekolah kalau aku berhadapan dengan orang yang buta huruf. 


Aku yang telah tahu di diri dan yang berbuat dengan orang yang berpendirian pada badan, kepada kenyataan, kepada kebendaan. Untuk mencapai tujuanku dan tujuan orang yang mendatangiku, harus menurutkan dahulu aliran fikiran orang-orang itu dan setelahnya ada persesuaian, maka kumasukkanlah aliranku yang tak ada padanya. 



Mereka-mereka mendatangiku oleh kerana berasa kekurangan dan menganggap apa yang diperlunya itu ada padaku. Kedatangan mereka itu untuk keperluan sesuatu. Bagiku tandanya ada kelebihan padaku dan aku memberinya dengan tidak merugi dan merosak kepada diriku sendiri. 


Mereka-mereka baru duduk di tingkatan nol (kosong) dan aku telah di tingkat III. Ada pula yang telah duduk di tingkat I, ini menurut perhitunganku sendiri, dan ada pula yang telah duduk di angka 11, 12, 13 dan lain sebagainya. Perhitungan sebelas bagiku telah lebih dari cukup, tetapi masih kurang kerana belum mencukupi. 

.

No comments:

Post a Comment