Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Tali Pergantungan ku - page 122

Tali pergantunganku yang tadinya telah putus, telah dapat kutemui kembali dengan telah dapatnya samaku hujung tali pusat di Sana yang dengannya aku turun kembali ke darat. 


Bukan tali sebarang tali. Tali yang bagiku banyak mengandung hikmah. Tali yang berisi dan yang bertali-tali. 


Aku yang bertali tetapi tiada tergantung, tergantung tetapi tiada bertali mempertalikan tali pergantunganku yang dari Pusat itu dengan aku yang bertali sehingga aku kelindungan (dilindungi). Aku berdiri di bawah "Payung Besar" yang perkembangannya merupakan "JALA" dan aku di dalamnya. 


Kenyataannya, hujung tali pusat yang kupegang tatkala aku di SANA itu berkembang merupakan payung, dan aku berpegang pada tangkainya, dan dengannya mendaratlah aku di daratan kembali dengan tidak usah bersusah-payah. 



Kataku, " Aku telah mempertemukan yang lama dengan yang baru, yang lahir dengan yang batin, yang di luar dengan yang di dalam, setelah aku dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. "


Aku sendiri, tetapi di luar banyak. Di mana-mana, aku ada. Aku telah dapat menemui itu zat serba zat, mengandung serba ada yang keluar dari diriku sendiri. Tenaga yang keluar dariku tak dapat disaksikan dengan langsung oleh kerana dia ghaib. Tenaga ghaib ini dengan bahasa asing dinamai metaenergy. 


Metaenergy itu ada padaku dan banyak di luarku. Dan aku telah banyak mengambil manfaat darinya.


Kukatakan, " Tenaga rohani yang telah lama dan telah banyak kupergunakan itu tidaklah melemahkan diriku kerana padanya ada alat untuk hubung-menghubungi antara satu dengan yang lain dan alat penerima dan pemberi, dan aku mengetahui jalan untuk itu. "


Dan pembawaan kukatakan," Setelah aku berpengalaman dan setelah kuketahui di luar aku banyak, maka aku tak memakaikan hakikat dan makrifat kerana pemakaian hakikat dan makrifat itu bagiku menyakitkan kepalaku dan melemahkan tenaga lahirku, dan menjadikan suatu tindak perbuatan yang disengajakan, sedangkan aku bukanlah itu orangnya. 


Yang aku pakaikan hanya jalan. Dan sebagai seorang hamba, aku akan berjalan terus, akan menjalankan terus kerana terhadap orang banyak aku tak pilih kasih. 


Aku anggap adalah badanku ini kepunyaan bersama (bukan kepunyaanku sendiri), kepunyaan yang ghaib-ghaib, kepunyaan Allah dengan Rahsia Ghaib-Nya. 


Aku ini hanya membawakan dan pendirianku ialah : 

" Lillahi Rabbil 'alamin." 


Dan aku tak mahu dipunyai atau dikuasai oleh seseorang. Aku sentiasa… di mana aku berada, memberi dan menerima. 


Dan terhadap Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, aku pohon ampun dan redha kerana aku tahu badanku lemah, yang tempo - tempo menyebabkan aku lupa kepada diriku sendiri sampai aku tinggalkan jalan yang berpetunjuk, yang harus aku turuti.



Terhadap mereka-mereka yang disedari atau tidak, yang telah membantu aku dalam perjalananku dengan jalan ini pula, aku menyatakan terima kasih yang tak terhingganya. 



Dan terhadap ibu bapaku yang menyebabkan adanya aku dengan jalan ini pula, aku melahirkan sembah-sujudku, dan kepada Tuhan Yang Memerintah seluruh alam, aku memohon supaya arwah dari ibu bapaku tersebut ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya. 



Dan terhadap isteriku yang telah mendahului aku dan yang menyebabkan aku sampai jadi
begini, aku katakan, " Tunggulah kedatanganku. Entah kapan (bila) untuk kita berkumpul kembali ". 


Dan kepada anak-anakku, kuserukan turutilah jejak-langkah bapakmu, setelah engkau menjadi besar dan aku tak ada lagi bersamamu.



BAGINDO MUCHTAR


Palembang, Indonesia

5 Julai 1966

No comments:

Post a Comment