Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Jalan Menjalankan - page 92


Jalan menjalankan      

Kalau pintu telah terbuka, kalau mau tentu boleh berjalan. Ke mana hendak berjalan? Dan sudahkah tahu di jalan yang akan dilalui? Lain jalan orang dan lain pula jalanku. Lain berjalan sendiri dan lain pula berjalan bersama-sama dengan ada yang membawa berjalan.


Dan ada pula orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akan mendapat kesulitankah seseorang, kalau tugasnya hanya menjalankan sahaja? Menjalankan tidak sulit, yang penting tahu jalannya.


Dan ada pula orang sudah banyak berjalan dan telah banyak jalan yang terjalankan olehnya, akan tetapi tidak menghasilkan sesuatu apa-apa, kerana orang itu menjalani jalan yang kosong alias tidak berisi. Bagi orang yang berjalan seperti yang tersebut di atas, jangan teruskan berjalan, lebih baik kembali sahaja kepangkalan. Gunanya supaya dapat kita mengetahui bahawa yang telah dijalani itu bukanlah jalan benar melainkan jalan sesat lagi menyesatkan.


Saya berjalan sendiri dan tidak menjalankan apa-apa. Yang saya jalankan ialah perasaan yang tak dapat mengatakannya, perasaan yang orang lain tak dapat pula merasakannya, pengalaman pahit, tuduhan yang bukan-bukan yang ditimpakan kepada saya, kebenaran di tutup dengan kepalsuan, kebaikan dihilang diganti dengan keburukan.


Saya tak berdaya, saya sendiri, bilangan mereka banyak, dan akibatnya saya kehilangan “mestika” hidup, kerana sebahagian kehidupanku dibawanya. Walaupun diganti namun gantinya tidak serupa nan hilang, berlainan, kelebihan.


Apa yang tak ada padaku ada padanya, dan apa yang tak ada padanya ada padaku. Dia telah pergi dan aku kehilangan.


Ada pula orang tertentu dalam peristiwa aku, yang aku namakan dia orang yang menjalankan sesuatu untuk sesuatu. Akibatnya orang ini pun kehilangan. Dia kehilangan kesayangan, belahan diri. Dia merana dan aku menderita.


Dan pada peristiwa ini juga ada pula ikut tersangkut seorang yang sedang berjalan dan menjalankan sesuatu untuk sesuatu pula.

Diperdapatnya yang dijalankannya itu dengan cara mengemis, meminta-minta dengan tujuan dalam ingatannya hendak menjadi orang pandai, supaya disegani orang, dihormati dan dihargai. Padahal warisan untuk itu tak ada padanya, sejak dari nenek moyangnya. Apa yang ada padanya hanya akal, - akal yang bergelumang hawa nafsu, nafsu yang sentiasa dikemukakannya dalam berbuat bertindak dan berlaku. Pengetahuan umum jauh sekali.

Sejak yang dimintanya diperdapatnya dengan jalan mengemis itu, pegalamannya menjadi penetapan baginya bahawa dia telah menjadi orang yang pandai lagi pintar. Dan mendatanglah rasa sombong dan takbur dan akibatnya perjalanan yang terjalankan olehnya jalan salah, jalan yang dimurkai lagi sesat. Dan ke mana dia pergi atau berjalan, banyaklah sudah orang yang dikorbankannya. Dan begitulah pula orang itu berjalan terus dan terus berjalan dengan tidak bisa pulang kembali kepangkalannya. Sudah jauh tersesat lagi menyesatkan.


Inilah akibat dari orang yang tak mau menyalahkan diri sendiri dan selalu menimpakan kesalahan pada orang lain.


Aku sudah jauh berjalan dan telah banyak melakukan perjalanan dan telah banyak pula membawa orang berjalan dan telah menunjukkan orang jalan. Telah lama pula aku menjalankan oleh ku dan sampai sekarang aku terus berjalan, berjalan sendiri, bersama-sama, membawa orang berjalan, menjalankan perasaan hati, menjalankan apa yang terasa, menjalankan apa yang dapat ku jalankan. Jalanku jalan terang, tetapi bagi orang gelap, oleh kerana yang hidup bagikan bagi orang lain mati dan yang mati bagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapi untuk kebaikan satu tujuan. Jalan bagiku, bagi orang lain mati dan sebaliknya apa yang mati bagiku bagi orang lain hidup. Berlainan pandangan, akan tetapi untuk kebaikan satu tujuan. Dan untuk kejahatan biarlah aku tidak ikut, sebab aku bukan jahat. Telah banyak ku alami aku dijahatkan orang, tetapi jadinya lebih baik. Dari itu makanya aku dapat mengatakan aku bukan orang jahat.


.

No comments:

Post a Comment