Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Lebih Melebihkan - page 97



Lebih-Melebihkan

     Telah aku ketahui mana yang lebih dan mana yang kurang. Aku ambil yang lebih dan aku tambah yang kurang, sudah tentu dengan jalannya dan pada jalannya.


     Dan begitu pulalah perjalanan ku dalam cukup mencukupi. Jalan untuk mencukupi yang di luar ialah dengan yang di dalam dan jalan untuk mencukupkan yang di dalam ialah dengan yang di dalam dan di luar benar, lebih dari mencukupi. 


    Kalau diri merasa telah cukup keluarlah untuk mencari kelebihan, supaya mendapat lebih dari mencukupi. Kalau sudah banyak kita mempunyai kelebihan sudah tentu pandangan orang sudah lain pada kita. Orang akan tertarik kepada kelebihan kita itu dan dengan sendirinya kita akan mendapat penghargaan di mana-mana, kecuali dari orang yang benar-benar kurang alias gila.


    Maka adalah segala macam kelebihan tempatnya di luar kita, akan tetapi tersebar di dalam keseluruhan alam semesta. Dan untuk mendapatkan kelebihan itu kita harus berjalan menjadi seorang pengembara, keluar dari rumah kita, mengembara di dalam alam semesta. Ini dapat kita lakukan setelah kita merasa cukup. Kalau diri belum merasa cukup lagi, janganlah cuba-cuba mengembara, kerana melaratnya lebih besar dari munafaatnya. Dari itu cukupkanlah dirimu lebih dahulu. 


    Patut diketahui bahawa pada tiap-tiap kita ada kelebihan dan ada pula kekurangan. Kelebihan dan kekurangan itu berlainan pula satu sama lain. Kalau tahu tentu dapat mengisi kekurangan menambahkan kelebihan.


.

No comments:

Post a Comment