Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Hidup Yang Kekal Abadi - page 23



Dan adalah Aku seorang Musafir yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepangkalan, iaitu Pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu:

“HIDUP YANG KEKAL ABADI”

Dari SANA Aku datang, dan ke sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak Aku menemui Diri ku sendiri, Aku telah terlahir kembali, dan Penemuanku itu menjadi Pegangan ku dan berubahlah jalannya kehidupan ku sehari-hari.

Dengan membaca keterangan ku di atas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, melainkan Aku ingin supaya kenikmatan hidup yang Aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya Aku menemuinya Diri ku dan semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya, dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.

Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk dan dengan menurutkan jalannya Diri itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.

Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana Dia telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya, kerana pembawaannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA, yang tak tahu di diri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan Pengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, padanya. Dia sanggup menundukkan masa, kerana Dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri. Dia pandai membaikkan orang, kerana Dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri. Dia anti penjajahan, kerana Dia telah merasakan bagaimana sakitnya dijajah atau terjajah, kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung? Dan telah banyak Pengalaman dan Penanggungan.


 Dia Suci kerana berasal dari yang Maha Suci. Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Dia lain dari yang lain, kerana keistimewaannya terletak pada dirinya bukan pada orangnya.


Dia bukan Tuhan kerana yang dikatakan Tuhan itu Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. “ROHKU” kata Tuhan waktu meniupkannya.


Dan bukan pula Nabi atau Rasul kerana tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W. 



.

No comments:

Post a Comment