Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Rumah Sudah Tukang Dibunuh - page 12



Berikut menyusul sebuah kisah pendek berkenaan dengan sebuah rumah, iaitu berbunyi:

2) Rumah Sudah Tukang Dibunuh

Rahsia yang terkandung dalam rumah ini, ialah sebab makanya tukang dibunuh oleh tuan punya rumah setelah rumah siap, tujuannya supaya jangan ada orang lain yang biasa membikin rumah seperti itu, kerana dia tak mau ada rumah lain yang serupa dengan rumahnya.

            Mengenai jalan ada pula ceritanya, iaitu : “Di muka kita terentang jalan panjang tak habis-habisnya. Mau ke mana kita?”

            Banyak orang menuruti jalan yang terentang itu, akan tetapi tak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang atau kembali dan tak kurang pula banyaknya yang tak puas pada jalan yang ditempuhnya itu. Kalau begitu tentu jalan yang dilalui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya jalan atau kekurangan sarat dalam perjalanan.

            Sebagai seorang Islam pada tiap-tiap raka’at sembahyang kita sentiasa bermohon kepada Tuhan iaitu dengan membaca:
           
“Ihdina alssirata almustaqeem;
“Tunjukilah kami Jalan yang lurus. (Surat Al-Fatihah ayat 6)
“Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen;


Iaitu jalan nikmat yang telah engkau berikan kepada mereka, yang tiada engkau murkai dan tiada disesatkan”
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni’kmat kepada mereka, sedangkan mereka itu bukan orang- orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat. (Surat Al-Fatihah Ayat 7)


            Sudahkah kita perdapat jalan itu? Kalau belum, adakah pernah kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat Petunjuk dari nya?

            Berdasarkan keterangan di atas jalan yang dimaksud tentu telah ditunjukkan kepada orang-orang yang sebelum kita, iaitu jalan yang diberi nikmat yang tiada dimurkai dan tiada sesat.


[nota 'Ain Mutiara : Yang highlight kuning itu saya akan semak semula & edit semula kerana tak menepati apa yg Bapak Dr Baginda taip dalam Edisi ke-II Thesis beliau].



.


No comments:

Post a Comment