Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Mencari rahsia hendaklah dengan rahsia pula - page 48




Mencari Rahsia hendaklah dengan rahsia pula. Pada Tuhan hanya satu jalan iaitu jalannya, jalan ALLAH. Padanya ada syurga - ada neraka. Ada syurga dan jalan dan neraka ada pula jalan.


Jadi pada kita ada dua jalan, iaitu jalan ke syurga dan jalan ke neraka, jalan yang baik dan jalan yang buruk atau jalan kanan dan jalan kiri. 


Tiada orang yang mau ke neraka, begitu juga tidak ada yang mahu buruk. 


Semua orang mahu senang, mau ke syurga. Akan tetapi kenapa orang mesti masuk neraka? Oleh kerana menjalankan kehidupan buruk, tentu.


Bukankah syurga tempatnya orang berbuat baik dan neraka tempat orang yang
berbuat buruk?


Dilahirkan kita di dunia ini untuk menjalankan kehidupan menjelang hari akhir. Di mana tempatnya? Di Rahim bonda.



Sebelum bonda kahwin dengan bapa kita, di mana kita berada? Belum ada, Yah, memang kita dilahir belum ada, akan tetapi di batin kita telah ada. Di mana? 

Bersamanya, terkandung dalam RAHSIA NYA, Rahsia Maha Ghaib, iaitu Allah. 



Dan itulah Dia Aku kini. Aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapa aku. 




Dilahir aku keluar dari Rahim ibuku, di batin aku datang dari Rahim Tuhan ku, Tuhan ku bersifat Rahman dan Rahim. Aku terkandung di dalamnya.


Sekarang aku dikandung oleh badanku sendiri. Semenjak aku dilahirkan sebagai seorang manusia melalui ibu bapa ku, maka putuslah hubungan langsung  ku dengan Tuhan-ku dan dengan ibu ku. Sewaktu dalam Rahim, aku tak pernah mengeluh tak pernah berasa susah kerana hubungan ku tak putus atau belum diputuskan. Alam sekeliling ku yang menyebabkan aku ingat kepada yang menjadikan aku, kepada ibu bapaku, kepada Allah, Tuhan ku. 


Alam bertuah seperti, orang banyak bertuah. Akan tetapi perasaan ketuhanan ku tak puas sebelum aku dapat menemui NYA. Dari itu maka dalam sejarah hidup ku yang sudah-sudah aku seorang pendiam, tidak banyak tingkah, suka mengalah.


Pengalamanku, perasaan suka duka yang menyebabkan timbul hajat ku yang besar untuk mencari Tuhan ku, ALLAH. 



Aku mengembara dan mengembara. Sangat banyak aku perdapat pelajaran dalam pengembaraan ku tanda-tanda kebesaran-NYA, keadaan NYA kepemurahan NYA, kasih sayang NYA, ilmu NYA, akan tetapi yang DIA belum aku temui. 


Segala perbuatan ku, tindak laku ku, ku jadikan amalanku dan aku belum juga menemuinya, Tuhan ku. Bapak almarhum Dr. Paryana Suryadipura dalam buku alam fikirannya memberitahu kepada ku bahawa untuk meningkat kepada tingkatan yang lebih tinggi dan dalam, hendaklah kita beramal. Dan adalah amalan itu terbahagi dua, pertama amalan berserta hawa nafsu dan kedua yang dinamakan amalan saleh. Aku sedar akan kekeliruanku, aku telah memakaikan jalan keduanya, padahal jalan untuk itu hanya satu.





Aku tinggalkan jalan yang pertama dan aku pergunakan jalan yang kedua iaitu amalan salleh


Bahagia membayang di hadapan ku, apa yang aku lakukan mendatangkan kepuasan bagi ku dan aku mendapat ketenangan dan kedamaian dalam perasaan ku.


Bersamaan dengan pemisahan pada perbuatan amalan ku itu. Aku dapat tahu telah terjadi pemisahan pada badan ku sendiri. Dan tahulah aku sekarang yang mana Diri ku yang sebenarnya. Aku berpegang selama ini pada barang yang mati sedangkan yang hidup tak aku perdulikan.


Sekarang peganganku yang hidup dan seterusnya hidup kekal dan abadi dan yang amat menggembirakan aku benar, aku telah menemui Diri ku. Padanya letaknya kebenaran, ketenangan, kedamaian yang tak pernah aku perdapat selama ini. Dan tahulah aku akan kesalahan dalam pandangan hidup selama ini. Aku pelajari diriku yang telah aku temui itu dan banyak sudah rahsianya yang telah aku ketahui. Dan dalam segala hal tindak tanduk ku, amal perbuatan ku, Dirikulah yang aku kemukakan. Dan dengannya pula, dalam ke-ada-an Tidak ada aku menemui Tuhanku. Dan sebahagian dari Rahsianya telah menjadi Rahsiaku.


Padanya, besertanya, aku yang telah mendapat ketenangan itu telah menjadi bertambah tenang kerana di hadiratnya, aku sudah tak ada lagi, tak ada yang ada, tak ada angin, tak ada ribut. Dan yang ada hanya DIA Tuhanku dan aku hilang dalam keadaan NYA. Dan itulah aku pada waktu itu dan sewaktu-waktu, di kala aku datang menghadapnya. 


          Aku telah pergi sebelum dipanggil, sudah tiada sebelum ditiadakan, sudah datang sebelum sampai dan . . . . . . . . . . . . .  Aku telah kembali dari SANA . . . . . . . . . . . . . . . . . 


             Tahulah aku siapa aku sebenarnya dan sekarang hendak ke mana aku, mahu apa aku? 


          Aku hendak menemui orang tua ku, lebih dahulu ibu bapaku, hendak melakukan sembah sujud kepadanya dan hendak membebaskannya. Bapa ku dalam keadaan tiada, dengan tidak setahu ku sudah lebih dahulu mendampingi ku, akan tetapi ibuku yang mengandung aku dan menempatkan ku di rahimnya, belum aku temui lagi. 


Zahir ku tak bisa menemuinya, kerana keduanya telah lama meninggalkan aku. Aku menziarahi, perkuburannya, tempat jasad tadi dibaringkan. Sewaktu aku membacakan "Duakalimah Syahadat" dengan menurutkan gerak yang mendatangi ku waktu itu, aku  terkejut, ada bisikan di telinga ku yang berbunyi: "Cukuplah sehingga ini pertemuan kita, nanti di akhirat kita berjumpa".


Aku terpesona, tak ada kata yang dapat ku katakan, kerana sesudah itu dia telah lenyap. Aku bukan bermimpi, bagiku adalah kejadian itu kenyataan yang telah aku alami.

.

No comments:

Post a Comment