Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Apa yang tidak ada padaku, ada pada mu - page 19



Apa yang tidak ada padaku, ada padamu, dan apa juga tak ada padamu ada padaku.


Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan Aku, walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal aku yang menderita, kerana aku yang merasakan.


Sekarang Aku berjalan dan engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari, hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu, setelah mempelajari perjalanan ku, akan banyak mendapat yang tidak engkau ketahui selama ini.


Aku yang berbuat, engkau yang melakukan dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu terletak pada Ku dan bahagiaku padamu. Aku sangat merasa bahagia kalau yang Aku perbuat dan lakukan bersertamu menghasilkan yang memuaskan. Lambat-laun engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya. Dan adalah perbuatan ku bagi mu namanya i l m u. Oleh kerana Aku ghaib sifatnya maka namanya ilmu ghaib.


Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan-latihan yang telah kita lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung kuku kita, pada hujung jari-jari kita. Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita dan yang dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah Diri yang berdiri dengan sendirinya, bergerak dan berjalan dengan sendirinya, akan tetapi duduk di tempatnya.


Keluarnya dari badan kita melalui saluran-saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang setelah sanggup menembus alam sendiri, akan sanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan “RAHSIANYA” yang sebenarnya.


Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap dengan pembawaan, dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita, supaya hidup dapat menikmati Kebahagiaan hidup, maka adalah tugas kita melahirkan kandungan kita iaitu pembawaan dari Rahim ibu.

Kebahagiaan hidup yang kita alami di rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan 2 (dua) keadaan hidup; iaitu pertama yang mengandung dan yang kedua yang dikandung.

Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri. Maka untuk kesempurnaan jalannya kehidupan kita, lahirkanlah itu kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan hidup baru bagi kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.


Kita telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup yang tak bertepi itu. Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu.


Apabila itu “Hidup” tidak kita pergunakan tak perlu disesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkannya.


Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru. Dan yang Hidup itulah pegangan kita. Dia juga tadinya ter Rahsia di dalam batang tubuh kita, setelah terlahir, maka telah menjadi kita, kerana perjalanannya di dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan penyerahan kita yang bulat kepadaNya, maka seluruh keadaan telah dipunyai Nya, dan Dialah yang menjadi  kita.


Jalan yang sebenarnya telah kita temui, iaitu jalan yang bergerak sejak dari titik di dalam sampai menebus alam sendiri.


Dia telah lahir. Kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakanlah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini tersembunyi di dalam batang tubuh kita.


Kita tinggalkan jalan yang tak berarti dan turutkanlah jalan yang berisi. Jalan yang berisi kita katakan, isinya ialah nikmat yang berasal dari nikmatullah yang dikurniakannya kepada kita, yang bukan dimurkai, dan bukan pula sesat.


.


1 comment: