Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Petunjuk Petunjuk Untuk Kesempurnaan 11 - page 82

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK  KESEMPURNAAN (11)


Lengkapkan akan keadaanmu sebab di mukamu terbentang lautan hidup yang maha luas. Sebelum engkau mengharungi lautan hidup, selain dari engkau mempersiapkan segala perbekalan yang perlu, hendaklah engkau mempunyai "bahtera" atau kapal, atau setidaknya perahu. Dan ‘bahtera’ itu harus lengkap dengan kemudinya. 



Untuk mendapatkan dan melengkapkan itu hendaklah engkau perbuat dan lakukan dengan
dirimu dan dengan apa yang ada padamu. 



Janganlah sekali-kali engkau fikirkan hendak menumpang dengan "kapal orang". Setelah segala sesuatunya engkau punyai dan kuasai (sudah lengkap segala-galanya), maka berlabuhlah di muara, dengan pengertian tegaklah di batas iaitu antara luar dan dalam dan lautan hidup terbentang luas di hadapanmu. 


Layarilah lautan hidup itu dengan apa yang ada padamu. Dan di hadapanmu terbentang luas jalan untuk sesuatu. Dan ini pun bergantung pada kemahuan. Kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Orang yang tak ada kemahuan sama juga dengan bangkai bernyawa.


Kalau tuan ketahui bahawa jalan terbentang luas di hadapan tuan dan kalau tuan dapat merasakan jalan itu, maka turutilah jalan itu, dan jadilah menjadi seorang pengembara yang musafir yang senantiasa berjalan dan berjalan dan terus berjalan. Jalan yang dituju atau jalan yang dimaksud ialah jalan yang berpetunjuk, jalan yang berisi, jalan yang memberi nikmat, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. 



Pada Tuhan hanya satu jalan, yaitu jalan kembali kepadanya. Bagi kita ada banyak jalan yaitu jalan kehidupan kita. Dari itu, berpeganglah pada "Yang Hidup" kerana padanya yang ada itu jalan. 


.
Untuk itu, kita mesti ada kemahuan, kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dan jalan itu kita perdapat dan temui dalam keadaan sedar. Jalan itu kita cari bukan dengan alam fikiran kita, melainkan dengan tangan kita, sehingga kalau jalan itu telah ditemui, maka kita dapat merasakannya, dan jalan itulah yang akan diturutkan dengan alam fikiran kita. 



Dudukkanlah dirimu di tempatnya iaitu tempatnya di ketenangan setenang-tenangnyaBegitupun pula pembawaan kita harus tenang dan usahakanlah supaya segala sesuatu-suatunya dan diri kita yang berbuat.



Pengertian diri pada kita sebenarnya ialah kita sendiri, yaitu diri yang telah diperkembang menjadi dan merupakan kita di dalam. Dengan kejadian itu dalam bilangan maka kita telah menjadi dua iaitu satu di luar yang berbadan, dan yang kedua ialah di dalam yang berdiri



Selagi kita masih hidup namanya di dunia ini kita tidak bisa menceraikan badan dari diri. Diri dicukupkan dengan apa yang ada di badan kita, sehingga meliputi keseluruhannya. 



Dari bilangan dua kita harus menuju ke bilangan tiga. Di mana letaknya itu bilangan ketiga? Oleh kerana kita telah mengatakan bahawa yang satu ialah kita yang berbadan dan kedua ialah kita yang berdiri, maka adalah yang ketiga ialah yang berdiri di luar yang
berbadan dan yang berdiri, yang dinamakan; saudara.



Bagaimana kita dapat menghubungi saudara kita itu? Kita tak dapat menghubunginya dengan yang berbadan, oleh kerana kenyataannya tidak ada. Keadaannya ialah dalam tiada, iaitu ghaib. Maka dengan diri yang telah berdirilah kita dapat menghubunginya.



Penemuan kita dengan saudara sendiri itu maka dalam bilangan kita telah menjadi tiga. Tetapi satu. Satu sebenarnya tiga dalam bilangan. 



Maka adalah kewajipan kita kalau kita mahu, memperbanyak saudara kita lahir dan batin. Dan begitulah maka timbul si 4, si 5, si 6, si 7, si 9 dan seterusnya. Dan adalah kesemuanya yang timbul sesudah kita ialah "saudara" kita, bukan seteru kita.



"Seteru" kita ialah syaitan dan iblis, yang sentiasa mengejar kita yang berbadan



Kalau kita tahu bahawa kita lebih kuat dari dia dan kita perlihatkan atau kemukakan kekuatan kita itu, pasti dia tidak mahu mendekati kita, yang berarti tak sanggup memperdayakan kita.



Di mana letaknya kekuatan kita itu? Kekuatan kita itu letaknya ialah di diri kita, bukan di badan kita. Untuk memperlihatkan kekuatan kita itu, maka dirilah yang kita kemukakan, iaitu diri yang telah berdiri dan terdiri dari titik-titik terang yang memancarkan cahaya atau nur yang datang dari Nurrullah. 



Bagaimana duduknya itu Nur di dalam batang-tubuh kita? Untuk menjawabnya, maka kami turunkan petunjuk dari Tuhan yang termaktub dalam Surat an-Nur ayat 35, yang dalam bahasa Indonesianya seperti di bawah ini:



“Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayanya kepada orang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan bintang yang berkilau-kilau di langit. Pelita dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, yaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di timur dan tiada pula di barat. Hampir-hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping cahaya. Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada cahayanya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”


.

No comments:

Post a Comment