Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Apa itu tenaga batin? - page 43


   Apa itu tenaga batin dari mana asalnya dan bagaimana cara memperdapatnya, setidak-tidaknya merasakannya? 

         Tenaga batin ialah tenaga Rohani yang berasal dari Satu Tenaga Hidup yang tidak mati melalui jalannya tenaga jasmani.

              Perpaduan tenaga hidup dan tenaga jasmani, mendatangkan tenaga rohani. Isi tenaga jasmani ialah tenaga hidup yang akan mati, berasal dari benda dan tenaga Rohani berisi tenaga hidup yang tidak mati berasal dari yang Hidup. 

 Kalau itu hidup telah meninggalkan kita, maka matilah kita namanya. Umumnya orang menganggap adalah "kehidupan" di dalam itu tidak begitu penting untuk diketahui kerana semua orang tahu, bahawa di dalam batang-tubuh kita ada "roh". Selagi dia masih ada bersama kita, kita akan hidup terus. Mereka terlampau banyak melihat dan memikirkan keluar, dan terlalu sedikit ke dalam.


     Mereka tidak memikirkan apa yang di dalam dirinya sendiri (Ar Rum ayat 8). Kelemahan dan kekurangan letaknya ialah pada badan diri kita. Kemahuan - keinginan dan kehendak sangat banyak, nafsu kuat akan tetapi daya (tenaga) lemah. 


     Jadi yang kurang pada kita ialah tenaga (energy). Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang diidam-idamkan. Dan kesalahannya letaknya pada badan diri kita sendiri, kerana tak mahu menyelidiki dan mempelajari keadaan kita sendiri. 

      Mempelajari keadaan sendiri berarti mempelajari apa yang ada pada kita. Tuhan tidak sia-sia menciptakan kita. Dijadikannya kita dalam keadaan cukup. Akan  tetapi kenapa kita berasa kekurangan? Bukan Tuhan yang salah, melainkan kita yang bodoh.


     Diberinya kita modal untuk hidup. Adakah kita pergunakan modal itu? Di mana letaknya modal itu? Modal tersebut letaknya pada kita terrahsia. Rahsia itu yang akan kita pecahkan, kalau mau hidup dengan artinya yang sebenar hidup bagi kita adalah modal itu mempunyai tenaga yang tersembunyi, yaitu tenaga ghaib.

    Tenaga ghaib yang berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula yang sesat. Bagaimana pula dia akan dimurkai dan sesat? Asalnya dari modal yang diberikannya pada kita untuk hidup, kerana datangnya dari DIA lansung. Selama ini kita berfikir, berbuat, bekerja, bergerak dan lain sebagainya , dengan tenaga lain, tempuh-tempuh di luar kemampuan kita, kita paksakan juga.

     Sedangkan perjuangan hidup kita di luar selain dengan yang lahir juga dengan yang batin.

      Segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR, yaitu YANG MAHA GHAIB.  Bahkan yang musuh besar kita di bidang kehidupan ialah yang tidak nampak. Bukankah hawa nafsu, syaitan, iblis itu tidak nyata dan memohon kepada TUHAN meminta dihidupkan sampai hari kiamat untuk memperdayakan kita manusia ini?


    Pada perjuangan hidup sehari-hari lebih banyak kita merasakan batin daripada yang lain, jadi adalah untuk kebahagiaan hidup kita, selain kita mempergunakan tenaga lahir mestinya juga tenaga batin. Daya tenaga itu telah ada pada  kita semenjak kita diadakan akan tetapi tak pernah digunakan, lantaran tidak tahu. 

      Tenaga ghaib yang ada pada kita itu mealiri seluruh batang tubuh kita di dalam yang merupakan tenaga yang tersembunyi bagi kita. Dan Dialah yang datang dari yang sedikityang dikatakan iblis dikecualikannya, kerana si iblis tak sanggup memperdayakannya dan itulah pula Dia yang berasal dari yang sedikit, kata Muhammad Rasulullah kepada mereka sewaktu mereka bertanya kepada beliau tentang, "Roh".


Mereka bertanya kepada engkau (MUHAMMAD) mengenai Roh, jawablah Tiada diberi tahu tentang itu kecuali hanya sedikit.


    Tenaga yang tersembunyi itu ialah tenaga ghaib, yang dikurniakan Tuhan langsung kepada kita yang mula pertama sekali kepada nenek moyang kita, ADAM A.S. dengan Firmannya :

     "Aku tiup ROH" ku, yang kita warisi turun temurun.


    Dia memberi hak hidup kepada kita, kehidupan yang terbatas dan batasnya pada kita ialah bulu dan kulit dan hak mati ada pada yang memberi, yang itulah Tuhan. Bila yang punya datang menjemput maka gugurlah hak yang memakainya. Keadaannya tidak bererti lagi, kerana telah mati. 


    Letaknya bagi kita di dalam dan tenaganya bagi kita tersembunyi. Tenaganya amat dahsyat kerana bukankah itu kudratullahUntuk kelanjutan kehidupan kita di luar, untuk mengharungi lautan hidup mau tak mau juga mencapai tujuan kita sepenuhnya kita harus dapat menguasai dan mempunyai itu tenaga ghaib, itu kudratullah, kerana lautan hidup yang akan kita lalui bergelombang dan beralun, berbukit dan berlurah, berduri dan berbatu dan sangat banyak lekuk likunya. Hanya dengan diikut sertakan itu tenaga ghaib, segala halangan dan rintangan bisa tertembus dan teratasi, kerana seluruh kejadian yang dijadikan seluruh keadaan yang diadakan, seluruh isi alam semesta ialah ciptaan YANG MAHA GHAIB, YANG MAHA ESA yaitu ALLAH.


    Itu tenaga ada di dirimu, bukan di badanmu. Dari itu pelajarilah Diri mu, temuilah Dia dan pergunakanlah tenaganya yang banyak mengandung Rahsia itu. Rahsia itu ghaib padanya letaknya. Dia ada padamu dan banyak di luar. Alam di luarmu beranika ragam, berwarna warni. Pelajarilah pula keadaan alam mu sendiri yaitu badan mu. Langit bagimu ialah kepala mu, bumi bagimu ialah perut mu, dan hidupmu ialah antara bumi dan langit. Kaki tangan mu ialah badan mu.

      Dan untuk itu pergunakanlah otakmu. Engkau berpijak di bumi TUHAN, tempat jasad mu dikembalikan nanti. Hidup mu di bawah lindungan Tuhan (langit) tempatmu kembali keasal. Bagimu adalah kenyataannya:


        "Satu kembali ke bawah, yaitu ke tanah, satu kembali ke atas yaitu kepada "ALLAH". Sama-sama kembali atau dikembalikan ke asal. Dua kejadian menjadi satu sama kita. Satu nyata satu tersembunyi. Kedua-duanya mempunyai tenaga. Yang mana yang menjadi pegangan kita yang benar? Yang pulang ke atas atau yang kembali ke bawah? Kalau kita perhatikan akan pembawaan hidup kita di luar pada masa yang sudah-sudah dengan tak malu-malu kita akan mengatakan bahawa pegangan hidup ialah ke atas.


      Sebagai seorang manusia, tidaklah bisa bahagia pula kehidupan yang akan kita rasakan kalau kehidupan kita semata-mata kita pergantungkan kepada yang akan pulang ke atas, kerana Dia selalu benar dan terlampau benar, lagi benar sekali. Dengannya sahaja kita tidak akan mengecap nikmat hidup di dunia, kerana alam fikiran kita dibawanya selalu kepada YANG MAHA BENAR. Sebaiknya dan seharusnya kita mesti dapat pergunakan keduanya sejalan dan jalan yang ke atas menjadi pegangan kita sebagai pedoman.




.

.

No comments:

Post a Comment