Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Gunungkanlah Yang Setetes dan Lautkanlah Yang Sekepal - page 32



Rahsia Diri terletak pada kita. Di luarkah atau di dalam kerana Dia ada di luar dan ada pula di dalam. Ada pada kita dan ada pada orang. Orang yang tak tahu didiri, tak berpendirian. Dari itu ketahuilah Dirimu dan temuilah Dia dan pelajarilah Rahsianya.


Dengan Diri engkau bisa menangkap segala-segalanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa yang kuat. Dari itu perkuat diri mu, perbesar, perkembanglah Dia. Diri yang kuat, yang besar dan sudah berkembang tak bisa dipengaruhi oleh sesiapa pun.


Perkuatkanlah DIA dengan jalannya, perbesarkanlah DIA dengan jalannya dan kembangkanlah DIA dengan jalannya. Untuk itu temuilah jalan DIRI itu.

Dia kuat lagi benar, kerana berasal dari yang MAHA KUASA dan MAHA BENAR. Gunungkanlah itu yang setetes dan lautkanlah itu yang sekepal. Dengan apa menggunungkan yang setetes dan dengan apa melautkan yang sekepal itu? Jawabnya mudah sahaja, iaitu dengan jalannya. Segala sesuatu, selesaikanlah dengan jalannya. Dan jalan itu telah kita punyai.


Berpegang teguhlah pada jalannya dan jangan bercerai-berai. Adalah jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait, rangkai berangkai dengan satu sama lain.


Putus minta disambung, kusut minta diselesaikan, keruh minta diperjernih. Kusut di hujung benang, kembali ke pangkal benang.

Kesemuanya diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan jalannya. Orang yang tak tahu di DIRI, kehilangan DIRI, hidupnya tak bererti dan akan menjadi mangsa yang ber Diri, kita akan diperalat kerana dianggap barang mati.



Dari itu ketahuilah Diri, carilah Diri, sampai ditemui dan pergunakanlah itu Diri supaya kita berpendirian. Dan hiduplah dengan DIRI. Diri yang dimaksud ialah diri yang sebenarnya DIRI, bukan DIRI yang dibuat-buat, Diri yang didirikan, melainkan Diri asali, Diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang duduk benar, tegak benar, berjalan benar kerana berasal langsung dari yang MAHA BENAR lagi MAHA SUCI.


.

No comments:

Post a Comment