Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Terang Gelap - page 17




            Dia adalah hak milik kita dan tiadalah orang lain berhak atas nya. Kenapa tak kita pergunakan hak milik kita yang amat berharga itu? Pendirian kita selain salah, kerana tidak berpegang pada Diri barang yang hidup, melainkan pada barang yang mati. Yang Terang ada pada kita dan yang Gelap pun ada pada kita. Kenapa berpegang kepada itu yang Gelap? Siang ada pada kita dan malam pun ada pada kita.


            Siang adalah yang Terang dan yang Terang adalah Diri dan malam adalah Gelap dan yang gelap ialah Badan. Si terang letaknya di dalam dan si gelaap di luar. Masukkanlah itu malam ke dalam siang dan Siang kepada Malam. Datangkanlah itu yang Hidup dari yang Mati dan yang Mati dari yang Hidup. Keluarkanlah yang di dalam dan kedalamkanlah yang di luar.    

       
            Untuk itu REZEKI yang tak TERDUGA DUGA terbilang banyaknya yang akan kita perdapat.


            Semua orang takut mati, kerana salah memahami hidup. Dia takut ditingggalkan Hidup. Dari itu makanya Dia takut mati. Mereka–mereka salah pegang, salah tangkapan berpegang kepada pada yang mati yang dianggapnya hidup dan yang hidup sebenarnya hidup, tak diperdulikannya selama ini. Bagi kita yang berpegang pada yang hidup, tidak akan takut mati, kerana bagi yang hidup istilah mati tak ada. Adalah Dia itu kekal dan abadi, mungkin berpindah, pindah tempat.


            Pembawaan hidup mereka-mereka yang seperti itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal abadi, untuk kembali ke pangkalan.


            Perjalanan mereka  ke bawah, perjalanan kita ke atas. Mereka menuju kematian dan kita menuju kehidupan yang kekal dan abadi.


            Perjalanan kita beserta Nya ialah kita telah mati sebelum dimatikan, telah pergi sebelum dipanggil; dan A K U telah kembali dari S A N A. Aku telah menemui NYA, setelah Engkau menemui Aku dan batas Aku dengan DIa ialah seperti batas antara Engkau dengan Aku, iaitu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Engkau yang tadinya dinding bagiku untuk menghubungi dan menemui-Nya, setelah dapat menghubungi ku dengan cara pemecahan mu, maka terbukalah jalan bagiku untuk menghubungi dan menemui NYA, kerana pintu telah terbuka bagiku.


            Engkau Aku bawa serta, kerana cinta kasih sayang ku tertumpah pada mu dan adalah Engkau badan ku. Kita tak akan berpisah kecuali kalau dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa. Dari itu kuasailah Aku, supaya apa yang ada padaku menjadi kepunyaan mu. Bagaimana cara menguasainya?



            Mudah sahaja.
            Cintailah, kasihilah – dan sayangilah aku.
Bagaimana cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya? Aku tidak pinta apa yang tidak ada pada mu, cukuplah kalau engkau serahkan apa yang ada pada mu padaku dan untuk itu akan aku serahkan pula apa yang ada pada ku, sehingga Aku menjadi kepunyaan mu dan Engkau menjadi kepunyaanku.
(*** pending nota pengulas)


            Ke dalam Engkau yang berkuasa dan keluar Aku di muka. Tadinya sebelum Engkau mengenal Aku maka adalah Aku nyawa mu. Setelah Engkau telah dapat mengenal Aku, maka tahu Engkau yang bahawa Aku ini sangat berguna padamu. Engkau ketahui, bahawa seluruh kehidupan mu bergantung padaku. Setelah Engkau mengenai Aku, maka  engkau lebih kenal padaku.


Akulah yang akan menjadi Engkau, dan Engkaulah yang akan menjadi Aku. Aku dan Engkau sebenarnya satu, dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita. Dan Akulah kita, Aku luar dan dalam.

Selama ini engkau berjalan sendiri dengan tidak mempedulikan Aku. Aku dan Engkau sebenarnya satu dan memang kita satu. Ilmju pengetahuan yang memisahkan kita. Dan Akulah kita, Aku luar dan dalam.

Selama ini engkau berjalan sendiri dengan tidak mempedulikan Aku. Sekarang, setelah engkau menemui Aku, apalagi kita telah menjadi Aku, maka kalau engkau berjalan ikut sertakanlah Aku dan kalau Aku berjalan, akan mengikut sertakan engkau pula. Satu arah, satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri-sendiri.


Sekarang kita kenal-mengenal satu sama lain. Selapik seketiduran, sebantal-sebantal sekalang hulu, sehina-semulia,  ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, sakit senang sama-sama kita rasai.



.


No comments:

Post a Comment