Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Yang benar ialah Dirimu bukan badanmu - page 54



Yang benar ialah Dirimu bukan badanmu. Dirimu itulah yang hidup dan pada badanmulah letaknya kematian. 


Orang yang berpegang kepada badannya, berarti menempuh jalan mati dan yang berpegang pada dirinya berarti menempuh jalan hidup. Dirimu letaknya di dalam dan mempunyai jalan sendiri di dalam badanmu. Untuk menemui jalannya, hendaklah engkau bukakan pintu dari luar atau engkau tembus dari dalam. Dan ini semua di luar kemampuanmu, kerana belum ada buku untuk itu dan di luar kemampuan manusia biasa. 


Dari itu carilah orang yang dapat mengetahuinya dan bergurulah kepadanya. Apa katamu kalau aku mengatakan:

 "Aku sekarang telah bebas dan berada di tempat yang lebih senang dari yang senang di bawah lindungan, dalam kandungan yang Memberi segala kesenangan?"

Kerana aku telah menemui Diri ku dan telah banyak pula mengetahui Rahsianya dan aku pilih jalan yang sebaik baiknya. Aku hiba kasihan kepada badanku yang mengandungku selama ini. Aku menderita dalam kandungan, lantaran kebodohannya, oleh kerana tidak tahunya. Setelah aku dapat ditemuinya dan setelah aku mengenal dunia luar, tahulah aku bahawa aku hidup dalam dua alam yaitu alamku sendiri alam ghaib dan alam badanku alam nyata.


Sungguh sangat kasihan Aku pada badanku yang telah lama menderita, bahkan punggungku telah cacat disebabkan perjalanan hidup menurutkan kemahuan badan selama ini. 

Beruntunglah aku belum dipanggil kembali. 

Dunia luar bagi ku sangat indah dan cantik, dan kalau boleh aku ingin hidup dengan badanku yang telah cacat ini, yang menyebabkan aku agak bongkok sedikit, untuk seribu tahun lagi. 


Kasihan badan ku yang salah jalan selama ini, badan yang tak tahu didirinya. Sekarang aku kemuka dan tidak akan aku biarkan badanku menderita. Aku tidak mahu berpisah dengannya kecuali kalau Tuhan ku tidak mengizinkan,. kerana aku ingin hidup sepanjang masa bersamanya,

Dan aku akan memperbaiki segala kesalahan yang diperbuat selama ini dengan membuat baik sebanyak-banyaknya.

Semuga Tuhan akan meredhai perjalananku ini, mengampunkan segala dosaku dan menerima segala amalan ku.

Dan aku telah bebas dari kongkongan, telah keluar dari kurungan melalui pintu yang wajar, pintu yang aku sendiri yang menemuinya.


Kebebasan ku tidak akan melepaskan badankukerana aku telah lama hidup bersamanya. Aku mengasihinya, setelah dia mengasihi aku semenjak aku telah dikenalnya. Aku mencintainya setelah dia mencintai aku, semenjak aku diketahuinya benar siapa aku. Bahkan kasih sayang serta cintaku padanya berlebih dari kasih sayang cintanya pada ku.


Perpaduan kasih sayang dan cinta mendatangkan "hiba kasihan". Kasih bisa habis, sayang biasa hilang dan cinta bisa bertukar. Akan tetapi bila kasih telah meningkat kepada sayang dan sayang meningat kepada cinta maka jadinya "hiba kasihan". Kalau hiba kasihan telah diperdapat, putih tulang dalam kubur namun teringat juga. Betapa tidak, bukankah dia bdan ku sendiri?


Aku sendiri yang akan meisi kebutuhan hidupku keluar dan ke dalam, kerana aku banyak tahu tentang itu Rahsia ghaib. Dan aku akan bahagiakan badan diriku sendiri, kerana aku dengannya satu.


Aku tinggalkan jalan hidup cara lama, kerana tidak memuaskan dan aku hidup dengan jalan hidup yang baru, hasil dari galian ku sendiri yang berpokok pangkal dari jalannya kehidupan ku yang di dalam, suatu jalan yang berisi.


Dengannya aku menjadi manusia baru. Dan aku telah lahir untuk kedua kalinya, dilahirkan dan melahirkan dan akan ku jalankan kehidupan dengan gaya baru yang mempunyai garis hidup, jalan hidup yang positif.


Dan dalam pengembaraan hidup ku di mana mana aku akan melahirkan manusia  baru dengan menunjukkan jalan hidup baru, garis hidup baru yang akan ditempuh. Dengan banyak manusia baru terlahir, dengan sendirinya akan terciptalah Dunia Baru yang diidam-idamkan oleh orang yang berpendirian.


Berlayarlah sampai ke pulau dan berjalanlah sampai ke batas. Pelayaran kita adalah ke pulau cinta dan perjalanan kita ialah ke batas kehidupan kita.


.

No comments:

Post a Comment