Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Rumah Nampak Jalan Tak Tentu - page 13


            
Sekarang kita kembali mempelajari kisah yang pertama iaitu kepada:

RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU
            Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan di atas, ialah di waktu mendapat kesulitan, yang mana dia  tak dapat menyelesaikannya, maka dilahirkannyalah perkataan tersebut di atas “Rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu”.

            Ke mana tujuannya yang sebenarnya perkataan itu? Biasa tiap-tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. [nota ‘Ain Mutiara: lapangan = tanah yang telah dibersihkan/ dilapangkan untuk tapak rumah]. Dan sebelum rumah dibikin selamanya ada jalan untuk ke lapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada, dan dalam hal ini kejadian lain: Rumah nampak jalan tentu. Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya rumah yang dimaksudkan yang penuh mengandung Rahsia itu, ialah badan Diri kita. Bukankah di dalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita? Jadi ada lah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu; untuk menjadi buah pemikiran bagi orang di belakang hari.

            Jadi adalah untuk memecahkan “Rahsia” rumah itu, kita mesti cari jalan untuk memasukinya. Kita harus menegnal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaannya sampai kita dapat mengenal Diri sendiri. Dan diri itulah yang mengandung “Rahsia”.


·         Bagaimanakah jalan untuk mengenal Diri itu, dan apa lagi menguasainya?
·         Dengan alam fikirankah?
·         Sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui Diri secara positif?
·         Kuatkah saraf-saraf kita untuk itu?


Tenaga alam fikiran kesanggupannya ialah mengkhayal, menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada.
Ada dalam angan-angan, dalam cita-cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan Ilmu Pengetahuan mengkehendaki positif, kenyataan atau realiti.


            Jalan untuk mengetahui itu letaknya di “Rasa” kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung “Rahsia”. Dan kalau “Rasa” yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.


            Untuk mendapat “Rasa” yang sebenarnya secara positif, kita harus menembus dinding yang menutup aliran dari dalam itu. Pada huraian yang sudah, telah diterangkan, bahawa di dalam batang tubuh kita, mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliran batin.


Kedua-duanya berdindingkan bulu dan kulit. Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.


            Kedua aliran itu berisikan daya tenaga, iaitu yang satu berisikan tenaga “Hidup” dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan disebab keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya.


            Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan sehari hari.


            Kehidupan kita di dalam, penuh berisikan pergerakan-pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya dengan mengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya.


Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya.


Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati. Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak geri kita di luar, dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun naiknya pernafasan kita.


            Latihan ini lakukan dan bawakanlah dengan berulang-ulang sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam. Bagi kita dalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya, bahawa ada sesuatu yang terkandung di dalam batang tubuh kita.

            Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian, bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan “ROH” – jiwa – nyawa – dan sebagainya?

(*** pending nota pengulas)


            Pelajari keadaan badan Diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa – jiwa – dan Roh itu. Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu. Janganlah kita menjadi pak turut, menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang.

            Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan, iaitu kejadian di bumi dan alam yang sempit, yang bagi ibu yang mengandung dan hanya merasakan pergerakan di dalam sebagai pembawaan nya dan untuk inisi ibu harus melahirkan kandungan itu menjadi kenyataan.


            Kita yang tadinya dikandung, setelah terlahir maka kembalikannya yang terjadi, iaitu mengandung.

            Sebagai mana ibu kita menanggung sewaktu kita di kandung, maka setelah terlahir, sebelum kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa akan menanggung.


·         Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya kita,
·         akan tetapi sudahkan kita mengetahui akan “Rahsia” kandungan kita?


Untuk mengetahuinya tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung, berlainan kandungan dan penanggungan.
·         Rahsia yang pertama yang dilahirkan anak
·         dan apa kiranya “Rahsia” kandungan yang kedua?

Sewaktu kita di alam kandungan tinggal di alam yang sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa-apa, tak tahu berasa lapar, tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akan tetapi setelah kita berapa di alam lapang, di alam yang dinamakan dunia kita merintih – menangis – lapar – haus dan lain sebagainya.


Kenapa kita berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas? Renungkanlah dalam-dalam cuba balik-balikkan fikiran kita sewaktu kita di dalam kandungan dan kepada sewaktu di luar kandungan.


            Kita telah kehilangan sesuatu, iaitu tali pergantungan, tali yang berisikan serba ada untuk kebahagiaan kita. Kita telah kehilangan “Bahagia” dengan terputusnya tali pergantungan kita. Si ibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar suara yang dilahirkannya, tak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya si anak yang tak tahu apa-apa setelah lahir, berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya diputuskan.


            Putus sudah tali hubungan yang dikandung dengan yang mengandung. Kalau tadinya si budak dapat makan lansung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya.


Dan semenjak terputus tali pergantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan hidupnya dia harus pelajari itu “Hidup” yang ada padanya. Jadi untuk mengetahui “Rahsia Hidup” itu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama mengandung berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaitu anak. Kandungan kedua tak mungkin anak, kerana seperti yang telah dikatakan juga, berlainan kandungan letaknya pun berlainan,
  • ·         kandungan pertama letaknya di perut, di rahim ibu dan
  • ·         letaknya yang kedua iaitu bukan di perut melainkan di dalam dada kita.



Mungkinkah kita bisa melahirkan kandungan kita itu? Sanggupkah kita sendiri melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan Rahsia nya?



.

No comments:

Post a Comment