Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Isi Yang Serba Guna - page 30



 Diri yang berdiri dengan sendirinya ialah suatu kumpulan dari zat serba zat, iaitu suatu zat. Hidup, kerana berasal dari Yang HIDUP.

Itulah Dia anugerah, Kurnia Tuhan yang sebenar-benarnya kepada kita untuk “Hidup”.

 Segala puji dan puja ku persembahkan terhadapnya Allah Tuhan ku yang memerintahkan dan menjaga seluruh alam.

Aku telah menemui itu isi yang serbaguna, kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk kebaikan ku dan kebaikan orang lain. Aku tak dapat menyatakannya, hanya dapat merasakannya, terasa olehku dan terasa pula oleh orang yang menghubungi aku.

Aku meisi Diri ku dan aku mengisi orang lain. Dan dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tak habis- habisnya.  Dia ada pada ku dan banyak di luar ku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.


Yang banyak itu tak menyusahkan ku, tidak memberatkan ku, kerana aku tahu mendudukkannya pada tempatnya. Dia silih berganti  mendatangiku – Diri – ku dan Dia datang dan pergi bagi ku. Kenapa bisa begitu? Yah, kerana mengetahui pintu telah terbuka bagiku, hijab terbuka sudah.

Dan itu bintang yang banyak, selain dari meisi bintang ku, bertaburan di sekeliling ku meisikan ganti berganti.

Dia yang dikasihi telah menjadi kekasihku dan mungkinkah aku yang mengasihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula? Insha Allah.

Dan banyak lagi yang aku belum ketahui. Aku masih mencari, memohon minta tambah ilmuku.

Yang menjadi pertanyaan bagiku sekarang isi yang telah aku perdapat itu, yang tak dapat dinyatakan, akan tetapi dapat dirasakan, bisakah dapat ditangkap oleh alat-alat dari physikal untuk dipelajari?

Aku yakin seyakin-yakinnya, isi yang ada padaku itu tidak akan habis- habisnya, kerana sangat banyak di luarku.

Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan, aku ingin cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendaki, iaitu Damai, damai, sekali lagi damai, sebab yang sebenarnya isi iaitu Perdamaian. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang saya maksud, isi yang mempunyai jalan sendiri iaitu jalan yang berpetunjuk, yang berisiikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.

Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak melakukan segala sesuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya, yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah yang tak bisa bebas dari hawa nafsu.

Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran “hidup” yang berisi termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia bisa membebaskan Diri dari tekanan-tekanan alam sekelilingnya, termasuk hawa nafsu, syaitan, iblis dan lain sebagainya.


Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita, dan tunjukkan jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang sedang mencari jalan yang benar.

Sebelum menciptakan Perdamaian, damaikanlah Diri lebih dahulu. Bebaskanlah Diri dari tekanan-tekanan yang menghalangi tujuan kita.

Semoga, bekerja dengan isi itu terciptalah damai di dunia ini, kalau memang perdamaian yang akan dituju.

Saya sengaja pecahkan tenaga ghaib ini secara ilmiah untuk orang-orang yang meminatinya, dan kepada sesiapa saja yang sanggup dan menemui dan menguasai, walaupun dengan jalan sendiri atau dengan jalan perantaraan ku atau dengan perantaraan muridku yang cerdas dan banyak mengetahui akan selok belok RAHSIANYA. Jalan yang baik dan membaikkan yang akan diturut, jangan jalan yang buruk yang akibatnya merosak atau menghancurkan. Tanya diri sendiri: Siapa aku, mau ke mana, dan mau apa. Dan yang penting - dudukkanlah DIRI itu pada tempatnya.


Buat aku, aku telah mendudukkannya pada tempatnya. Segala apa yang ada padaku, kuserahkan padanya dan Dialah yang jadi aku, oleh kerana aku mau hidup, dan Dialah yang hidup itu. Seluruh kehidupanku, diatur dan disusunnya sendiri, kerana adalah DIA sebaik-baik pengatur dan penyusun. DIA lah yang tahu sebab DIA MAHA TAHU . . . Aku duduk di tempat ku dan adalah ilmunya, ilmuku. 


.

No comments:

Post a Comment