Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Mencari Diri Kita Yang berdiri dengan sendirinya - page 16



            Kita kembali latihan semula, iaitu mencari Diri kita yang berdiri dengan sendirinya itu. Setelah kita dapat menemui jalannya pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam, maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya pernafasan kita itu, dengan pengertian kita mulai memakai atau mempergunakan tenaga dari dalam, iaitu tenaga yang menyebabkan turun naiknya pernafasan kita.


            Lancarnya latihan kita dan sampai kepada peningkatan pergerakan yang dibawa oleh daya tenaga yang berasalkan dari jalannya pernafasan kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat membawakannya sampai mengerti, ialah pandai kita meyerahkan segala sesuatu apa yang ada pada kita pada nya, iaitu Yang Berdiri Dengan SendiriNya itu. Dia akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyai dan dikuasainya, dengan pergertian kalau tadinya kita menganggap Dia kepunyaan kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu kita jadikan kita menjadi kepunyaan Nya.


            Setahu kita Dia telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepunyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH Yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. Dia datang dari NYA dan akan kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangan nya kepada kita untuk kesempurnaan kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan menemuinya.


            Adalah Dia itu lansung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana Dia ASLI (Original) dan kita dari yang dijadikan, sungguh pun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga.


            Satu Asal, tetapi berlainan ke-ada-an. Dia ada tetapi tiada, kita ada dan nyata Dia yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung dalam batang tubuh kita, kenapa kita tak dapat menemuinya? Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk “Hidup”, bukan untuk mati.


            Jadi nyatalah sudah ada kelebihannya dari kita dan Rahsia hidup dan kehidupan kita padanyalah letaknya. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu Dia mesti kita cari dan kita temui, seperti telah dikatakan di atas, padanyalah terletak Rahsia Hidup itu.


            Untuk mengetahui dan menemuinya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan Dia dengan jalan memisahkan yang satu dengan yang lain, antara Badan dan Diri atau antara Dia dan Aku.


Latihan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati, sebenarnya, mendatangkan sudah permulaan perpisahan, kerana dengan perbuatan kita itu, maka tinggallah yang Hidup. Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan yang Hidup, oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam ke-ada-an yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya kita tak dapat yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya kita tak dapat mengatakan kepastiannya yang sebenar apa lagi mememcahkan Rahsianya.



            Untuk itu hendaklah kita terus berlatih dan berlatih mencarinya sampai ada pancaran keluar dari hujung jari-jari kita. Dengan telah dapatnya, kita merasakan pancaran yang keluar dari hujung jari-jari kita itu, bererti dinding telah tembus dan Rahsia telah terbuka dan tugas kita ialah mempelajarinya lagi dengan pengalaman-pengalaman (PERCUBAAN-PERCUBAAN).


.

No comments:

Post a Comment