Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Dapatkah badan mengenal dirinya, dan sebaliknya tahukah diri akan keadaan badannya? - page 164




Dapatkah badan mengenal dirinya? Dan sebaliknya, tahukah diri akan keadaan badannya? Kedua-duanya tak akan bisa terjadi, kalau aku tak ada. Semua orang dapat menyayangi badannya, akan tetapi tidak semua orang dapat mengenal, menemui dan mempelajari akan keadaannya lebih lanjut. Orang yang telah dapat mengenal dan menemui dirinya, pasti akan berubah pandangan hidupnya. Apalagi kalau telah banyak dapat mengetahui rahsia diri dengan isinya. 


Orang berjalan dengan akal dan fikirannya untuk kelanjutan kehidupannya atau dapat menemui kebutuhan hidup atau menuju hidup bahagia yang diidam-idamkan oleh tiap-tiap orang. Untuk itu dilupakannya dirinya. Padahal rahsia hidup letaknya di dirinya. Aku berjalan pada jalanku untuk kelanjutan lancarnya jalan kehidupanku. Aku meisi diriku memberi daya hidup keseluruhan badanku.

Kenapa orang dengan akal dan fikirannya memikirkan ‘yang hidup’ di dalam? Bukankah dari dalam titik tolak kehidupannya? 

Bagiku adalah diriku sebagai perantara untuk mencapai dunia cita; mencapai yang diidamkan, mencari yang dituju, mencapai bahagia. Dalam segala hal, dirikulah yang kukemukakan. Orang tak dapat menangkapnya, kerana diri itu tidak nyata. Dan akan dapat ditangkap dengan daya rasa perasaan. Memang di rasa itulah letaknya rahsianya. 


Padaku ada jalan. Jalanku jalan lurus, dari bawah ke atas

Diriku mempunyai jalan sendiri pula, jalan yang berliku-liku dan bercabang-cabang, ke atas ke bawah, ke muka dan tak pernah mundur ke belakang melainkan maju terus ke depan. Jalan kehidupanku. Jalan yang menuju kepada kemajuan. Kemajuan hidup ibarat air yang berasal dari setitis, bergerak maju sampai menjadi sungai mengalir ke muara menuju lautan lepas, samudera hidup. 

Diri ingin bebas tetapi tak lepas. Jalannya berpetunjuk lagi berisi. Isinya nikmat lagi berkat dan berbekas. Orang akan dapat merasakannya kalau sudah tahu dan kenal padanya. 


Kenapa banyak orang tak tahu akan hakikat dirinya yang sebenar? Banyak orang tahu akan dirinya itu ada. Tidak ada orang memungkirinya. Tetapi hanya tahu di mulut sahaja, tahu mengatakan, badanku, diriku dan aku. Akan tetapi tak mahu memecahkan akan persoalannya. Yang diketahuinya dengan pasti hanya badannya. Dirinya dan akunya dianggapnya sepi. Tidak menjadi perhatiannya yang mendalam. 


Mereka terlampau banyak melihat ke luar dan amat sedikit sekali berfikir di dalam. Mereka bergerak dengan akalnya; akal yang sentiasa didampingi hawa nafsu. Hawa nafsu yang tak kunjung puas yang sering membawa akibat ke badan sendiri. 

Badan menderita, diri merana dan aku tak dapat berbuat apa-apa. 

Di waktu orang bergerak, berbuat dan berlaku, memang diri dan akunya ikut serta, tetapi tidak aktif melainkan pasif. Apalagi diketahui aku dan diri itu tempatnya dalam badan. Orang menganggap diri itu badannya dan untuk dapat melihat diri sendiri, orang berkaca. Dan nampaklah bayangan sendiri di dalam kaca itu; ketahuilah bahawa itu bukan diri yang sebenarnya. Itu adalah gambaran dari badan atau kalau diri dilihat dari luar. 

Bisa dilihat, akan tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Pernahkah orang meneropong dirinya ke dalam?

.


No comments:

Post a Comment