Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Rumah Nampak Jalan Tak Tentu - page 11



Sebelum mencuba melatih Diri untuk mengenalnya, untuk diketahui dan untuk direnungkan lebih baik bacalah kisah yang tersebut di bawah ini dengan saksama. Ceritanya ialah:

1) Rumah Nampak Jalan Tak Tentu

Kata yang empunya kisah:
            Ada sebuah rumah, lengkap dengan alat-alatnya. Bila rumah itu didirikan dan siapa yang membuatnya tidak seorang yang tahu satu juga. Orang tahu hanya rumah itu telah ada. Berdiri dengan sendirinya dan jarang orang mau menyelidikinya.

            Konon khabarnya kata orang yang tahu, rumah tersebut sangat terahsia dan amat banyak mengandung rahsia. Jarang orang sampai ke rumah itu, apa lagi mengetahui Rahsia yang terkandung di dalamnya. Rumah itu selain dari alat-alat perlengkapan yang ada, mengandung kamar (bilik) dan dalam kamar ada pula kamar yang terahsia. Dan dalam kamar terahsia itu duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah berseri-seri sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu, menurut wasiat yang diterimanya.

Adalah Dia itu anak raja asal berasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan. Benar lagi Betul lagi Bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Baginy adalah air, hampir makanan murah, datang dengan sendirinya. Dia memberi kehidupan kepada alam sekelilingnya dan amat sayang sekali yang dihidupkannya itu tak pernah mau mengenalnya atau mengetahuinya.

Alam sekelilingnya tiada mau mengerti kepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai alam biasa saja dengan memperhitungkan menurut hukum alam pula. Dia duduk di tempatnya, menantikan kedatangan sesuatu sebagai amanah. Dia tahu dan mengetahui keadaan sekelilingnya, akan tetapi membisu seribu bahasa, kerana tidak ada yang mahu tahu kepadanya.

            Amanah yang diterimanya ialah: Duduk ditempatnya menantikan kedatangan satu antara dua iaitu:

Pertama   :   Yang punya datang menjemput, yang bererti kembali ke asalnya.
Kedua      :   Kedatangan seorang Kesatria jujur lagi benar yang sanggup 
                    menemuinya di tempatnya dan membawanya keluar, 
                     kerana Dia ingin bebas tetapi tak lepas dan Kesatria itulah 
                     teman hidupnya sejati dunia dan akhirat dan kepadanyalah 
                    diserahkannya segala apa-apa yang ada padanya pada teman 
                     hidupnya itu, kalau orang yang ditumpanginya tahu akan Rahsianya.



Dan berdasarkan Rahsia yang tersebut di atas makanya setelah rumah itu sudah dalam keadaan lengkap, artinya sempurna, makanya jalan untuk memasuki rumah itu sudah ditutup dan terahsia, kerana sangat banyak mengandung Rahsia di dalamnya.


.

No comments:

Post a Comment