Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Kunci Mengunci - page 100




Kunci-Mengunci



 Jalan menuju rumah kita yang tadinya tak tahu, dengan perantaraan orang yang tahu yang dianggap sebagai bapak atau guru dengan anak kunci di tangannya memasuki rumah kita dan menuju ke tempat di mana kita berada, membawa kita berjalan menembus alam sendiri dan melalui pintu yang telah terbuka atau yang dibukakannya, kita telah dapat keluar dan dia sebagai pemimpin membawa dan menunjukkan jalan bagi kita untuk mengenal alam di luar alam kita sendiri yang bagaikan samudra yang tak berpantai. 


   Bagi kita yang tadinya terkurung di dalam dan tak tahu jalan untuk keluar kerana pintu tertutup tak ubahlah keadaan kita seperti burung dalam sangkar anak kunci dipegang oleh orang luar atau di tangan orang yang tahu atau orang tertentu.



  Begitulah setelah kita tahu jalan keluar, pada kita harus ada anak kunci yang kita perdapat dari bapak atau guru yang telah memasuki rumah kita di luar dengan anak kunci yang ada di tangannya. Dan dengan anak kunci yang di tangan kita, kita akan membuka dan menutup pintu kita, menjaga supaya orang luar (maling) jangan sampai dapat memasuki rumah kita untuk tujuan yang tidak baik. 



  Dengan penyerahan anak kunci dari guru kepada kita, maka kita perdapat anak kunci itu melalui jalannya ilmu pengetahuan sampai berada di tangan kita.



  Banyaklah sudah aku memasuki rumah orang dengan anak kunci yang ada di tanganku, membuka dan menunjukkan jalan baginya, membimbing dan memimpin membawanya berjalan sejak dari dalam sampai ke luar melalui pintu-pintu tertentu, menembus alam sendiri, menembus dinding yang membatasi kita dengan alam Besar untuk mengharungi lautan hidup yang tak bertepi, memasuki ruangan alam di luar alam kita sendiri. 

Aku memasuki rumah orang itu atas permintaan mereka sendiri, kerana tak tahu jalannya. Setelah dia tahu sudah jalannya, telah bisa keluar masuk sendiri maka aku serahkanlah anak kunci ke tangannya masing masing dengan petunjuk-petunjuk ke mana sahaja dia pergi atau apa saja yang dilakukan atau diperbuatnya, anak kunci tak boleh ditinggalkan.



  Bagiku adalah anak kunci itu anak kunci wasiat, anak kunci Rahsia, anak kunci yang banyak mengandung Rahsia, Rahsia Ghaib. Dengannya terbuka segala pintu dan begitu pula sebaliknya dengannya pula kita akan menutup segala pintu. 



  Aku menamakannya Alif Lam Mim kerana bentuk dan rupanya kalau digambarkan terang dan nyata terlihat atau memperlihatkan Alif Lam Mim. 



 Kalau aku memegangnya, dia akan membukakan Rahsianya sendiri yang mengandung daya tenaga, tenaga ghaib dan kalau aku turutkan jalannya dia akan bergerak dengan sendirinya. 



   Suatu anak kunci yang ajaib yang banyak mengandung Rahsia Ghaib, menakjubkan dan menghairankan hati dan fikiran kita. Sekali kita memegangnya dan terbuka rahsianya, makanya dia akan menakjubkan kita dan besar kemungkinan kita tak mahu melepaskannya. 



   Adalah itu suatu anak kunci yang aku perdapat dalam pengembaraan ku. Bagi orang yang telah dapat menerima anak kunci tersebut langsung dari tanganku, sudah seharusnya dan semestinya memperhatikan akan anak kunci yang banyak mengandung rahsia itu sehingga mendapat pelajaran darinya dan dapat mempergunakannya untuk keperluan sesuatu dan dapat pula mengambil manfaat daripadanya.


.

No comments:

Post a Comment