Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM:Bagiku, dalam bilangan adalah -1 - 10 - 100 - 1000 - page 114

Bagiku, dalam bilangan adalah 1, 10, 100, 1000 namanya cukup. Dari cukup hendaklah kita mencari jalan untuk mencukupi itu. Begitulah makanya banyak orang, oleh kerana tak tahu jalan yang sebenarnya kian ke mari mencari untuk mencukupi. Kejadiannya (yang terjadi) bukan mencukupi yang diperolehinya, melainkan, walaupun sudah banyak tetapi yang cukup telah menjadi kurang, umpama yang satu telah jadi 9, 39, 99 dan seterusnya. Dan untuk mencari yang hanya satu untuk mencukupi kembali yang kurang, susah orang mendapatinya. Kebanyakan terjadi, dicari satu didapat dua, tiga, empat dan seterusnya, seolah olah perbuatan kita disuruh mencari lagi dengan bekerja keras membanting tulang untuk mencukupi. Kalau begitu terus-terusan, bilakah kita akan dapat mengecap nikmat hidup di dalam dunia yang indah lagi elok ini?



Pengalamanku menunjukkan padaku, aku mencari untuk mencukupkan. Aku perdapat bukan di luar, melainkan di dalam iaitu di diriku sendiri. Dan aku keluar mencari kelebihan untuk kupergunakan. Aku cukupkan badan diriku lebih dahulu dengan apa yang ada padaku. Sudah itu aku bawa badan diriku mencari kelebihan ke luar. Dan kelebihan-kelebihan yang kuperdapat dan sentiasa bertambah terus oleh kerana tindak-laku perbuatanku dalam perjalanan.


Aku keluar mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang, aman dan damai. Oleh kerana itulah makanya aku katakan, aku ingin hidup untuk seribu tahun lagi dalam bidangku dan aku jalankan kehidupanku sebagai seorang pengembara yang musafir.


Kalau boleh aku akan mengatakan, “Cukupkanlah lebih dahulu yang telah cukup dan dengan telah dapat dan pandai mencukupkan itu, carilah kelebihan yang bisa di perdapat di luar, di luar badan diri kita, di alam yang maha luas ini. Kalau tak dapat di tempatmu
sendiri, di kampungmu, di negerimu, carilah di tempat lain, di negeri lain, walaupun di benua Cina sekalipun. Kalau kelebihan telah diperdapat, janganlah pergunakan kelebihan itu untuk
menyombong diri yang mendatangkan takbur, yang menyebabkan kita lupa kepada diri sendiri.”



Pergunakanlah kelebihan yang ada padamu itu untuk kebaikan dan membaikkan sehingga menyenangkan orang hendaknya. Dan orang dapat menghargai kita dan dapat mengikut kelebihan kita itu.



Aku telah berjalan dengan badanku dan apa yang telah kuperdapat akan hasilnya, aku sentiasa merasai tidak puas dan selalu mahu lagi. Aku telah berjalan dengan diri dengan mengikut sertakan badanku dan telah banyak diriku berbuat, dan kebanyakan hasilnya memuaskanku, akan tetapi aku masih mahu lagi.



Perbezaan yang kuperdapat dari kedua perjalanan itu, walaupun masih sama-sama mahu lagi ialah dengan perjalanan yang pertama kedudukan dan pangkat serta harta-benda yang
kuperdapat sentiasa tidak memuaskan aku sungguhpun orang memandang dan menganggap aku telah mempunyai. Dengan perjalananku yang kedua, yang telah kulakukan ialah perjalanan yang menghasilkan kebaikan bagiku dan membaikkan bagi orang lain, menyebabkan aku mahu lagi dan mahu lagi. Dan aku berasa tidak puas dan belum puas oleh kerana yang pertama; baharu badanku yang berbuat. Dan kedua; diri serta badanku yang melakukan dengan diriku yang ke muka. 



Aku ingin aku sendiri yang berbuat hendaknya; aku sendiri yang ke muka. Dengan mempergunakan badan diriku. Untuk ini, aku harus menemui aku yang sebenarnya. Jalan untuk itu telah ada padaku dan anak kunci wasiat untuk segala pintu telahpun kupunyai dan aku harus dapat menemui "A"-ku yang sebenarnya.



Dalam perjalanan menurut rasa perasaan yang sudah-sudah, aku pernah pula mendapatkan pengalaman yang tak diduga-duga. Aku berjalan berombongan (kalau di Mekah barangkali berkabilah) dan dalam rombongan aku itu, aku jadi pemimpin kerana aku yang paling di muka berjalan.


.

No comments:

Post a Comment