Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapatkan Pengakuan - page 21



Mengadakan Pengakuan untuk mendapat Pengakuan :

Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita mengadakan pengakuan. • Siapa yang mengadakan pengakuan,
• kepada siapa pengakuan diadakan,
• dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat.

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang Diri kita, maka hendaklah kita meng-ada-kan : “Pengakuan” terhadap ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan “Duakalimah Syahadat” berulang-ulang tiga kali:

 “ASYHADU ALLAAILAAHA IL-ALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADA-AR RASUULULLAH”

Yang ertinya; Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah - Muhammad Rasul Allah. Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan, Maka adalah Hikmah yang terkandung dalam Duakalimah Syadat antara lain ialah:

PENGAKUAN dan PANGKAT atau MARTABAT.

Untuk meng-ada-kan Pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarikat) dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan Dia, Diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya. Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke mana kita akan pergi mencarinya? Masukkah di akal, kita yang berupa dan bertempat, dapat mencari dan menemui NYA yang tidak berupa dan bertampan? Kita ketahui DIA ada di mana-mana, di Indonesia, di Malaya, di Asia, di Afrika, di Eropah, di Amerika dan di Barat - di Timur, di utara - di selatan dan lain sebagainya.

DIA ada tapi tiada, ke-ada-annya di dalam TIDAK ADA, Bagi orang yang mau berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan Kitab-kitab banyak menyakinkan akan ke-ada-annya.

Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu.

Akan dapatkah Si Badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak.

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan Dirilah yang tahu jalan untuk KESANA, kerana Dia berasal dari SANA, dan KESANA pula tempatnya kembali.

Lain halnya badan, Yang dijadikan dari yang telah dijadikan NYA, iaitu dari tanah, barang yang mati, Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal badannya dikembalikan ke asal iaitu ke tanah.


Dan adalah bagi kita setelah menemui Diri sendiri, jalan untuk ke SANA telah terbuka. Mencari yang Ghaib hendaklah dengan yang ghaib. Para Ariffin dan Budiman mengatakan siapa yang mengenal Dirinya akan mengenal Tuhan dan siapa yang menemui Dirinya akan menemui Tuhan dengan sendirinya.

 Sekarang, kita telah menemui Diri kita. Sudahkah kita menemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemuinya dan dalam keadaan bagaimana kita menemuinya?

Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, kalau pintu telah terbuka, akan berjalan dengan sendirinya pula.

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam, yang hidup telah keluar dari pada yang mati dan yang mati dari yang hidup, telah tahu di Diri, bahkan telah menemui Diri dan telah punya pegangan hidup. Rupanya pegangan selama ini salah, tidak benar, kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup, sedang yang sebenarnya hidup dan tak mengenal arti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa Dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita.


Itulah Diri. Diri itulah Aku dan Akulah Dia itu. Orang yang tak tahu di Diri tak berpendirian.


Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, iaitu si Hidup lagi Terang, jadi bukan si Mati lagi Gelap, sebelum berjalan keluar dari rumah ku untuk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki ke-ada-an ku sendiri luar dan dalam.

Setelah itu Aku berjalan menemuinya Tuhan ku Yang Pengasih lagi Penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadapnya dengan mengucap kata Pengakuan yang berbunyi:

 “Asyhadu allaailaha il-Allah - Wa- asyhaduanna Muhammad Rasuulullah”


Dengan telah mengadakan pengakuan itu jadilah Aku seorang Islam dengan arti yang sebenarnya dan adalah Aku seorang Muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. 


No comments:

Post a Comment