Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Kandung Mengandung - page 96



Kandung-Mengandung

   
     Aku telah dapat menemui yang ku kandung selama ini, yang telah berada bersamaku semenjak ibu mengandung ku dan aku telah memancarkan kandungan ku tersebut, setelah aku dapat menemuinya menurutkan saluran tertentu, kerana pintu telah terbuka bagiku. 


      Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku, telah melahirkan kandungan ku pula. Aku yang semenjak sudah tahu berjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalam perjalanan, banyaklah sudah yang aku temui halangan dan rintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku dan tak kurang pula banyaknya pertolongan-pertolongan dan bantuan yang ku perdapat, baik berupa lahir mahu pun berupa batin yang mendorongku mencari jalan yang sebenarnya jalan. 


      Dan tak kurang pula aku terharu, aku tergoda, kerana maklumlah aku ini manusia biasa.


    Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenarnya jalan iaitu jalan yang menjadi peganganku sekarang dan seterusnya.


   Rupanya jalan itu telah sering ku jalani, telah acapkali aku tempuh, pulang pergi, kebodohankulah yang menyebabkan aku sampai begitu lama dapat menemuinya. Kenyataannya dia tidak jauh dari aku, bahkan telah berserta aku, hanya aku yang tak mengerti.


     Dengan berpegang kepada jalan yang telah ku temui itu, maka bertambah teranglah jalan yang ku tempuh dan perjalanan ku yang rasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan. 


      Dan dengan menurutkan jejak perjalanannya ke dalam aku temuilah "dia" di pertemuan kiri dan kanan . . Aku jualah yang selama ini yang tidak mengerti. 


      Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupi dengan apa yang ada padaku, yaitu dengan diriku sendiri. Aku mencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidak merosak diriku sendiri., ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasa melakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.



.

No comments:

Post a Comment