Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Rahsia "HIDUP" - page 9

  
RAHSIA “HIDUP”

Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan Aku bagi mu itu letaknya di tempatnya dan tempatnya ialah padamu jua, iaitu di dalam batang tubuhmu.

            Dan buat Aku mu itu, Aku memanggilkan Engkau padanya, kerana Aku ku dan Aku mu, walaupun asalnya sama, tapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu pada mu dan pada ku.

            Aku yang dimaksudkan Dia yang bila saatnya telah tiba nanti: akan meninggalkan kita, Dia akan kembali ke asalnya, iaitu kepada Tuhan Yang Maha Esa.

            Jadi adalah bagi kita manusia, yang menjadi pegangan ialah Aku. Dan dialah yang tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, suatu anugerah Agung dari Yang Maha Esa kepada kita.

            Saya belum dapat kata-kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya, untuk menamakan pemberian dari Tuhan yang dikatakan “A K U” itu. Mungkin orang lain akan menamakan nya lain pula, tetapi Aku mengatakan adalah itu anugerah yang sebesar-besarnya dari Yang Memberi, untuk kita. Betapa tidak, bukankah Dia pokok pangkal dari kehidupan kita. Bayangkanlah, kalau Dia tidak ada, adakah yang kita manusia Hidup namanya. Tidak bukan. Dengan kepergian nya, maka matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan Hidup bergantung kepadanya.

            Bila Hidup telah meninggalkan kita namaya kita telah mati. Dan adalah yang dikatakan telah mati itu, tidak layak tinggal di atas Dunia; Ada yang dikubur dan ada pula yang dibakar.

            Ada orang yang memberi nama “Anugerah Agung” kepada : otak, kerana dari sanalah keluar sesuatunya, yang menghasilkan alam peikiran dan enghasilkan segala sesuatu.

            Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari Yang Menjadikan kejadian yang berat dan teratur oleh Yang Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Biasakah yang dijadikan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu kalau ia tenaga Hidup yang berasalkan dan berisi daya Hidup, tak mengalir dalam otak tersebut? Tentu tidak, bukan? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan Hidup di batang tubuh kita yg berisikan daya-daya mengaliri jalan kehidupan kita.

            Berdasarkan keterangan di atas adalah kita ini terdiri dari; Yang dijadikan dan yang dianugerahkan.

            Yang menjadikan dan yang menganugerahkan kita ialah Yang Tunggal, Esa iaitu ALLAH, Yang Maha Esa dan Kuasa.

            Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya kejadian kita dijadikannya dengan Anugerahnya yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut yang kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan -  kekayaan – kejayaan kesimpulannya “BAHAGIA”.


            Tidak ada yang mahu sakit – hina – miskin – kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ketingkatan bahagia apalagi diidamkan dunia dan akhirat?


            Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalani kehidupan, tidak berpegang kepada jalannya Hidup yang sebenarnya.


            Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri.

            Di mana letaknya kesalahan kita itu?
            Jalan yang manakah yang akan kita lalui untuk kebahagiaan hidup kita itu? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke-ada-an badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam dan sampai menemui Aku kita.

            Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan kita ini terdiri dari:
1.      Yang dijadikan iaitu batang tubuh kita (Badan)
2.      Yang dianugerahkan iaitu dinamakan ‘Hidup’ (Nyawa)


            Yang pertama iaitu yang dijadikan merupakan lahir (zahir) bagi kita dan yang kedua iaitu dinamakan ‘Hidup’ berupa batin, iaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan ke-ada-annya. Jadi adalah Dia terkandung dalam badan kita.

            Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan antara kedua itu.

·         Badan tidak akan berarti kalau itu ‘Hidup’ tak ada.
·         Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya.

      Jadi adalah satu sama lain butuh membutuhkan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada diperbandingkan dengan makhluk-makhluk lain, sebaik kejadian oleh Yang Menjadikan.
     

            Di dalam batang tubuh kita, didapati dua aliran, iaitu aliran zahir dan aliran batin.


Aliran zahir iaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mengaliri jalan-jalan saluran yang telah sedia mengaliri seluruh batang tubuh atau yang namakan orang Jasmani.

Aliran ‘batin’ ialah aliran yang berisikan daya hidup yang berpokok pangkal dari ‘Hidup’ mengaliri aliran yang telah tertentu pula seperti aliran jasmani yang dinamakan orang Rohani. Dan kita ketahui sekarang aliran jasmani dan rohani lahir dan batin.

            Tiap-tiap aliran mengandung isi. Aliran jasmani isinya ialah darah dan apakah isi aliran rohani? Untuk mengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya.

Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenaga ‘Rohani’ yang berasalkan dari yang hidup tentu tidak akan percaya atau tidak mau percaya, kalau dikatakan adalah aliran yang dikatakan aliran rohani itu berisikan hidup, kerana berasalkan dari yg ‘HIDUP’, itulah anugerah Agung dari Yang Maha Kuasa kepada tiap-tiap manusia.

            Aliran jasmani dan rohani itu jalanya adalah seumpama cable letrik atau cable dengan stroom (karan), yang mana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannya, kerana dia itu :

JAUH TAK BERANTARA DAN DEKAT TAK BERBATAS


Satu, tetapi berpisah, bukan terpecah. Dan adalah kedua aliran tersebut batasnya bulu dan kulit kita sebagai dinding atau sebagai penutupnya. Untuk dapat mengetahui dan menguasai aliran Rohani itu secara Positif tentu kita harus dapat menembus dinding itu, sehingga kita dapat merasakan dan mempelajarinya. Sanggup kita sendiri menembus atau memisahkan antara tenaga lahir dan daya tenaga batin dan dengan kecerdasan dan kesanggupan kita untuk mengenalnya, mungkin kita dapat menembus dinding yang dimaksud.



.

No comments:

Post a Comment