Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Petunjuk Petunjuk Untuk Kesempurnaan 3 - page 66

PETUNJUK-PETUNJUK UNTUK  KESEMPURNAAN (3)

   Allah memberi perumpamaan Cahayanya kepada seorang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit dan seterusnya.

     Cahaya orang beriman berlain dengan cahaya orang yang tidak beriman. Berlainan Cahaya itu disebab keranakan berlainan amal perbuatan. Perbuatan yang baik berlainan dengan pekerjaan yang buruk. Tindak-laku yang jahat berlain dengan perbuatan baik.

     Corak perbuatan kita itulah yang membayangkan Cahaya kita keluar. Cahaya yang asli akan bertambah bersinar bagi mereka yang berbuat baik dan akan pudar dan bertukar bagi mereka yang berbuat jahat. Hasil dari pekerjaan berbuat baik ialah mendatangkan pahala dan hasil dari perbuatan jahat menjadikan dosa.

      Adalah rohani itu tersusun dan terdiri dari zat-zat atau electron-electron hidup yang mengandung tenaga elektro-magnetik. Apabila electron-electron itu keluar dari susunannya iaitu Rohani, maka tenaga yang keluar dari proses ini besar sekali, akan tetapi ghaib, artinya tidak dapat disaksikan dengan langsung. Tenaga yang keluar ini dinamai tenaga ghaib (metaenergie). Dengan meta-energy kita dapat mengadakan semua kemungkinan yang kita idam-idamkan.

Oleh kerana tiap-tiap orang mempunyai metaenergy dan ini dapat dikerahkan atas kemahuan yang teguh, maka tiap-tiap orang dapat mencapai semua cita-cita asal mempunyai kemahuan yang teguh. (Alam Fikiran: Dr Paryana Surjadipura.)                                                    

    Telah diketahui bahawa pada kita ada itu metaenergy yang mempunyai banyak kemungkinan-kemungkinan dan alangkah baiknya, kalau kita dapat menguasai dan merasakannya yang tak dapat disaksikan dengan langsung itu. Tenaga ghaib itu menaliri seluruh batang tubuh kita di dalam, yang mana kalau kita dapat menurutkan jalannya, kalau digambarkan akan menghasilkan gambar kita sendiri yang disebut rohani. Dan itulah pula dia diri yang terdiri dari zat-zat. 

     Untuk dapat mempunyai, menguasai sampai dapat merasakan itu tenaga ghaib, tentu kita harus menembus dinding kita sendiri supaya kita dapat menemuinya.

     Pada pemecahan kita dengan keterangan kita telah menemui jalan diri sendiri dengan menembus kulit dan bulu kita, kalau diperhatikan dengan saksama kita telah sampai pada kepastian bahawa kita telah mempunyai tenaga ghaib atau dengan bahasa asingnya metaenergy. 

    Dengan telah mempunyai tenaga ghaib itu, janganlah hendaknya terus dianggap kita telah dapat berbuat apa yang kita inginkan. 

     Kita harus mempelajari lebih dahulu akan selok-belok keadaan diri kita, walaupun telah diketahui bahawa diri itu terdiri dari susunan elektron-elektron atau bion-bion iaitu zat-zat hidup. 

    Diri yang bagi kita berdiri dengan sendirinya, yang terdiri dari susunan zat-zat hidup dan yang letaknya di dalam batang tubuh kita yang di namai badan, mengaliri seluruh keadaan kita atau apa yang ada pada kita menurut saluran-saluran tertentu seumpama darah dari jantung kita yang mengaliri seluruh batang-tubuh kita. Keseluruhan aliran itu mendatangkan (menimbulkan rohani sebagai gambaran dari jasmani kita).

  Dengan keterangan di atas, maka dapatlah kita memahami bahawa diri kita yang disifatkan ghaib itu mempunyai pula apa yang ada pada badan kita dengan serba ghaib pula, dan alirannya yang berisikan tenaga-tenaga itulah yang kita namakan tenaga ghaib.

   Sebelum diri dapat menembus dinding (bulu dan kulit kita), maka lapangan bergerak dari tenaga batin kita ialah di dalam sahaja, akan tetapi setelah kita dapat menembus kulit dan bulu kita, tegasnya alam sendiri, maka dengan sendirinya lapangan bergerak tenaga yang tersembunyi kita itu telah meluas dan bebas.

   Akan tetapi apa ertinya bagi kita keluasan dan kebebasan bergerak tenaga batin sendiri itu? Untuk dapat mempergunakannya, hendaklah kita mengerti akan keadaannya yang sebenarnya, dan bukan itu sahaja, kita harus dapat mengetahui selok-belok keadaan alam lain-lain dengan isinya dan dapat pula menghubunginya hendaknya.

   Kita manusia mengenal alam yang kita diami sekarang ini (alam nyata) semenjak kita dilahirkan. Kita jalani kehidupan kita di alam ini dengan suka dan duka, dengan pertolongan badan lahir kita. 

    Pendidikan, pergaulan dan pengalaman menunjukkan kepada kita akan adanya makhluk-makhluk lain seperti syaitan, iblis, jin, dewa-dewa, penunggu-penunggu dan lain-lain, yang keadaannya berlainan dengan kita manusia berbadan kasar ini. Begitulah pula pengetahuan keagamaan menunjukkan kepada kita akan adanya Tuhan Yang Maha Esa, malaikat-malaikat, roh-roh suci, arwah-arwah, syurga dan neraka dan lain-lainnya. 

  Makhluk-makhluk yang kita sebutkan di atas ialah semuanya makhluk hidup, yang masing-masing hidup di alamnya sendiri pula, akan tetapi pasti tidak seperti kita manusia yang bertubuh kasar ini.

  Kita mengenal dunia kita dengan pertolongan badan kasar kita dengan alat-alatnya, akan tetapi kita dengan badan kasar kita tidak dapat melihat makhluk-makhluk halus yang disebutkan di atas. Bila kita berpisah dengan badan kasar kita, mungkinkah kita dapat mengenal dan melihat makhluk-makhluk halus yang seperti tersebut di atas?

   Satu pertanyaan yang sulit dan yang tak terpecayakan oleh akal. Sebagai manusia biasa kita mungkin dapat melihat makhluk-makhluk halus di dalam cahaya kita yang digambarkan oleh alam fikiran kita yang pada umumnya sifatnya mengerikan dan menakutkan, seperti gambaran raksasa, hantu jin dan lain sebagainya dan kebanyakan diambil pula dari bayangan cerita orang yang hasilnya dari KHAYALAN akan fikirannya pula.


.

No comments:

Post a Comment