Showing posts with label iii) KATAKU. Show all posts
Showing posts with label iii) KATAKU. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

III: KATAKU - CONTENT


67 III: KATAKU  - CONTENT
68 A-ku- Badan-ku- Diri-ku - page 106 <CLICK LINK
69 Apa yang dikehendaki diri dari kita? - page 108 <CLICK LINK
70 Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba),  tiga badanku (saya) ? - page 110 <CLICK 
71 Aku adalah Pelita dalam rumah ku sendiri - page 111 <CLICK LINK
72 Bagiku, dalam bilangan adalah  '-1 - 10 - 100 - 1000 - page 114 <CLICK LINK
73 Dalam Rombongan - page 116 <CLICK LINK 
74 Gerak Allah lah yang menentukan akan segala sesuatunya - page 118 <CLICK LINK 
75 Perjalanan menuruti jalan diriku mendatangkan berlainan - page 120 <CLICK LINK 
76 Jalan - page 121 <CLICK LINK 
77 Tali Pergantungan ku - page 122 <CLICK LINK 


.

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: A-ku- Badan-ku- Diri-ku - page 106

KATAKU



Kataku:  A  - ku Badan - ku Diri - ku.


'A' datang dari Allah. 'Badan' dijadikan dari tanah. 'Diri' mendatang kemudian.


Mula pertama aku diciptakan sampai berupa dan bertampan dan berwujud oleh Yang Maha Kuasa. Dijadikan dari tanah. Itulah badanku. Kemudian ditiupkanNya "Ruh" ke dalam batang tubuhku. Yang meniupkan, Tuhan. Maka terdirilah "AKU" Yang Mendirikan Allah. Dan berdirilah aku dengan sendirinya.


Dengan adanya "A"-ku maka hiduplah badan diriku. Dan jadilah aku menjadi manusia hidup, oleh kerana ada yang menghidupkan ku.


"A"-ku datang dari Allah. Badanku dijadikan dari tanah. Allah, Tuhan ku, meniupkan Ruh ke dalam batang tubuhku, maka berdirilah A - ku.


Aku sebenarnya adalah Ruh. 


Aku diberi Tuhan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk mencium bau-bauan, lidah untuk merasa, otak untuk berfikir, akal untuk menimbang 'neraca'. 



Semua anugerah Tuhan itu tempatnya pada bahagian teratas dari badanku, iaitu di kepalaku.



Dan didudukkan aku di dalam sebuah rumah yang berisikan alat perabut yang serba sederhana tetapi sangat berguna, seperti : hati - jantung, limpa, rabu empedu dan tempatnya di dalam dadaku dan diberinya aku perut berserta isinya yang berpusat dan mengandung banyak daya guna dan mempunyai alat pelepasan untuk membuang empasan (hampas) atau kotoran.



Dan pada bahagian belakangku yang dinamakan punggung dan pinggang berisikan pula alat-alat seperti buah pinggang yang menghasilkan bibit-bibit tunas saringan dan saluran yang menyalurkan air kencing dan bibit-bibit tunas melalui alat yang tertentu pula.



Dan diberi-Nya aku kaki tangan untuk menyampaikan tujuan, keinginan dan kehendak lahir. Dan begitulah Pemberian Tuhan kepada ku yang garis besarnya terdiri dari : bulu kulit darah - daging - hati - jantung - limpa - rabu - empedu -  urat - tulang - otak benak, disusun dan diatur oleh Yang Maha Penyusun lagi Maha Pengatur, suatu susunan dan aturan yang patut menjadi bahan pelajaran bagi kita untuk ditiru sebagai perumpamaan.




Dan begitu pula seluruh batang tubuhku dibalut dengan apa yang dinamakan kulit yang ditumbuhi bulu di atasnya, salah satu dari panca indera kita untuk dapat merasakan apa yang dapat dirasakannya.



Satu Pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang yang patut disyukuri.



Aku yang berbadan dan berdiri menjalankan kehidupan sendiri di dalam dengan tidak banyak mendapat halang rintangan, akan tetapi perjalanan hidupku di luar yang dibawakan oleh badanku, tidaklah dapat menyenangkan aku, bahkan kebanyakkan hasil kerjanya menyebabkan aku mengeluh oleh kerana aku menderita dibuatnya. 


Jalan kehidupan yang dibawakan di luar, tidak ada pegangan, suatu perjalanan yang meraba-raba dalam gelap-gelita, yang lebih banyak membawa akibat tidak menguntungkan daripada menguntungkan. Di mana letaknya kesalahannya? Segala kesalahan terletak pada ketidak tahuan apa arti hidup yang sebenarnya dan terlampau banyak melihat kehidupan di luar.



Memang semenjak dari dahulu kala kebanyakan manusia tidak beruntung hidup disebab-keranakan salah memahamkan arti hidup yang sebenarnya. Telah lama kehendak badan diturutkan dan jarang didapat kehendak hati, akibatnya badan sengsara. Bagaimana menurutkan kehendak hati? Kalau kehendak hati yang diperdapat, pasti akan memuaskan kepada perasan badan dan diri. Kehendak badan yang susah diperdapat kebanyakannya membawa kecewa kepada diri kerana kehendak badan sangat banyak tak habis-habisnya. 


[remarks: akibat salah jalan yang dipilih]
Dapat satu mau satu lagi, dapat satu lagi mau lagi dan begitulah seterusnya. Maka inilah yang dinamakan kehendak hawa nafsu yang tak pernah merasa puas. Sedangkan kesanggupan badan untuk mencapai kehendak yang banyak itu tidak ada. 



Pembawaan badan yang salah itulah yang menyebabkan kita manusia tidak beruntung.



Mungkinkah diri sanggup menyampaikan kehendak hati? Kalau mungkin bagaimana caranya diri membawakannya? Pembawaan badan berlainan dengan pembawaan diri. Badan yang selama ini tak pandai membawakan diri, merasa rendah terhadap orang lain kerana dia berkaca ke badannya dan bercermin kepada kelebihan orang lain. 



Badannya yang dianggapnya dirinya dan begitu pula terhadap orang lain, kelebihan orang diambilnya sebagai ukuran. Oleh kerananya, dengan sendirinya dia berasa kekurangan dari orang lain.



Kelebihan orang berlain-lain pula, ada kerana pangkatnya, kedudukannya, kekayaannya, pengetahuannya dan lain sebagainya. Maka adalah kesemuanya yang disebutkan itu tambahannya, datangnya dari luar dan tidak kekal.



Dan bagaimana dengan dirinya? Adakah mereka merasa puas dengan keadaannya itu? Cubalah bertanya kepada orang-orang yang punya kelebihan seperti yang disebutkan di atas itu.



Kalau mereka berilmu dan berpengetahuan, maka ilmu dan pengetahuannya dipergunakannya untuk memperbesar, memperkaya, memperelok badannya sendiri jarang dipergunakannya untuk kebaikan bersama atau umum.



Orang yang tahu di dirinya tak perlu berasa rendah terhadap orang yang punya kelebihan itu. Sikap hormat dan menghargai tak dibawakan untuk menunjukkan kehalusan budi-pekerti kita terhadap seseorang. Itupun tak boleh berlebih-lebihan, apalagi sengaja dibuat-buat.

.

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Apa yang dikehendaki diri dari kita? - page 108

Apa yang dikehendaki diri dari kita? Yang dikehendaki diri ialah penyerahan; penyerahan keseluruhannya supaya dia bisa bebas berbuat. Serahkanlah seluruh badan kepadanya sehingga dia yang menguasainya dan supaya dapat dia merasakan keadaan badannya sendiri.


Ketahuilah bahawa kehidupan diri kita di dalam terbatas oleh bulu dan kulit kita. Oleh kerana badan tak mengetahuinya dan tak pernah mahu mengenalinya, maka pintu untuknya keluar sentiasa tertutup. Badan terlampau berpegang kepada kenyataan, kepada
yang ada. 


Walaupun dia mengetahui dan mengakui bahawa padanya ada diri yang letaknya di dalam batang-tubuhnya, maka anggapannya pada dirinya sendiri itu seumpama barang mati (pasif, tidak aktif), padahal kerana badannya makanya diri itu diadakan. Kerana burunglah makanya sangkar dibuat.



Diri yang patut dikenali itu :

• Berdiri dengan sendirinya bagi badan, memberi daya hidup kepada badan kita di dalam dengan mealiri seluruh batang tubuh kita menurut jalannya aliran darah kita.

• Dia mengandung daya tenaga yang ada pada badan yang dinamakan tenaga ghaib, yang tak bisa dilihat.

• Untuk dapat mengenalnya lebih mendalam, diri harus dapat menembus dinding yang membatasinya dengan alam luar dan keluar melalui pintu-pintu tertentu. Ini akan kejadian setelah kita dapat merubah pandangan hidup; yang kalau tadinya badan yang dianggap kita, setelah kita dapat menyerahkan badan kita padanya sampai badan tadi telah menjadi kepunyaannya, maka dirilah yang menjadi kita iaitu diri yang berbadan.

• Diri akan membawa badan bergerak dengan menembus alam sendiri dan lambat-laun tetapi pasti akan dapat merasakan yang bahawa pintu baginya telah terbuka iaitu yang dapat benar kita merasakannya ialah melalui hujung jari-jari, hujung kuku kita. Padanya ada jalan iaitu jalan sendiri di dalam dan kalau kita dapat menemui jalan itu dan kita cuba menuruti jalannya, maka dengan beransur-ansur rahsianya akan terbuka dan dapat dimengerti. Jalannya berisi dan isinya menghendaki penelitian kita lebih mendalam untuk dapat mengambil manfaat daripadanya.


Aku mengatakan jalan itu adalah memberi nikmat, tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Kita yang di luar (badan) dapat belajar daripadanya dengan menurutkan jalannya. Untuk ini aku
ingatkan kepada kisah perjalanan dua orang hamba Allah iaitu Nabi Musa dan Nabi Khidir. 


Nabi Musa dapat menemuinya dengan petunjuk Tuhan, di pertemuan permukaan dua laut, dan aku dapat menemuinya dengan petunjuk al-Qur’an di waktu dapat membaca kisah perjalanan kedua orang hamba Allah itu di pertemuan permukaan kiri dan kanan. 


Dan begitulah aku dapat menemukan jalan diriku sendiri. Aku kemukakan diriku dengan menghemat kepada tenaga lahirku yang lemah. Badanku tak kuat, punggungku cacat sesudah mengalami dua kali pembedahan. 



Aku mempergunakan tenaga baru yang selama ini bagiku terpendam dan belum pernah aku mengenalnya secara langsung. Aku kasihan ke badanku yang telah banyak menjalankan kehidupan dengan telah banyak pula pengalaman, akan tetapi tak banyak menghasilkan.



Aku teringat akan hari tuaku, masa depanku dan hari terakhirku, dan apa yang akan kupersembahkan kepada Tuhan-ku nanti. Aku ingin hidup untuk lebih lama lagi, kalau boleh untuk seribu tahun lagi. 



Kerana apa? Ya, kerana aku banyak menemui dan mendapat tenaga-tenaga baru yang akan kupergunakan untuk tujuan hidup dengan tidak menyusahkan badanku sendiri dan orang lain. 



Ini aku perdapat setelah aku dapat menemui dan mengenal diriku sendiri yang banyak mengandung rahsia itu. Kumpulan tenaga-tenaga baru yang ada di diriku itu adanya tidak terbatas kerana selain yang ada padaku, sangat banyak adanya di luar. Dan pada diriku ada jalan untuk menghubungi tenaga tenaga yang banyak di luar itu. 



Dan begitulah pula aku yang tadinya terlampau percaya kepada kenyataan, kebendaan, kepada kesanggupan badan dengan tidak mengindahkan diri, semenjak aku dapat menemui dan mengenal diriku yang banyak mengandung rahsia itu, menjalankan kehidupanku dengan mempergunakan jalan diriku untuk tujuan sesuatu, dengan pengertian dirikulah yang berbuat dengan mengikut sertakan badanku. Dan dalam pada itu tenaga badanku tidak banyak berbuat.



Aku perbaiki kesalahan yang diperbuat oleh badanku selama ini, dengan diriku yang berbuat sebagai amalanku. Banyak sudah diriku berbuat dan banyak pula sudah orang mendapat hikmahnya dari perbuatan diriku itu. Tak kurang pula orang yang mendatangiku untuk meminta sesuatu padaku. Mereka–mereka yang mendatangiku ingin mempunyai seperti apa yang telah kupunyai dan aku berikanlah apa yang ada padaku, di diriku. Sayang, banyak di antara mereka tidak mengerti dan salah tangkapan.



Kalau tadinya aku berat ke luar, maka dengan pembawaan diriku, dengan berdiri di diriku maka aku jadi berat ke dalam. Oleh kerananya, aku lebih senang tinggal dalam rumah daripada bepergian tak tentu arah tujuan, dan perasaanku bertambah lebih senang lagi di waktu aku duduk sendiri dengan menyendiri. Dan di waktu itu banyaklah yang aku perbuat dan perdapat. Oleh amal perbuatan diriku itu, aku mulai dikenal orang dan berubah pandangan orang yang telah kenal padaku tadinya, dan tak kurang pula banyaknya orang yang kenal namaku kerana banyak disebut orang akan tetapi tak kenal rupa dan bentukku. Ini oleh kerana pembawaan diriku yang lebih suka tinggal di rumah. Dan
akibatnya, bermacam pula penilaian orang terhadap badan diriku.




Dan bagiku sendiri membawa akibat juga. Kadang-kadang dengan tidak aku sedari, aku sudah begitu jauh tenggelam dengan diriku sampai aku lupa kepada kewajipan lahirku dan kebanyakan perbuatan orang, banyak yang tidak aku sukai. Tempoh-tempoh aku harus menyesuaikan diriku dengan orang lain, supaya ada saling pengertian. Perbuatan seperti ini bagiku suatu kemunduran.



Aku yang telah duduk di universiti (fakultas), tempo-tempo dipaksa untuk berfikir cara di tingkatan S.M.P., kadang kadang di sekolah rendah dan tidak kurang pula menjadi seorang
yang tak bersekolah kalau aku berhadapan dengan orang yang buta huruf. 


Aku yang telah tahu di diri dan yang berbuat dengan orang yang berpendirian pada badan, kepada kenyataan, kepada kebendaan. Untuk mencapai tujuanku dan tujuan orang yang mendatangiku, harus menurutkan dahulu aliran fikiran orang-orang itu dan setelahnya ada persesuaian, maka kumasukkanlah aliranku yang tak ada padanya. 



Mereka-mereka mendatangiku oleh kerana berasa kekurangan dan menganggap apa yang diperlunya itu ada padaku. Kedatangan mereka itu untuk keperluan sesuatu. Bagiku tandanya ada kelebihan padaku dan aku memberinya dengan tidak merugi dan merosak kepada diriku sendiri. 


Mereka-mereka baru duduk di tingkatan nol (kosong) dan aku telah di tingkat III. Ada pula yang telah duduk di tingkat I, ini menurut perhitunganku sendiri, dan ada pula yang telah duduk di angka 11, 12, 13 dan lain sebagainya. Perhitungan sebelas bagiku telah lebih dari cukup, tetapi masih kurang kerana belum mencukupi. 

.

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya) ? - page 110


Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya). Yang Esa – Tuhan.


Sebagai seorang manusia, saya harus berjuang untuk mendapatkan keperluan hidup. Oleh kerana saya mesti makan, minum, berpakaian, bergaul, berumah tangga dan lain sebagainya.


saya harus mempelajari diri sendiri sampai dapat mengenalnya untuk supaya jangan terlalu susah hendaknya menjalani kehidupan dan mengisi keperluan lahiriah dan batiniah. 



Saya harus menyederhanakan kehidupan saya berhubung dengan sederhananya keadaanku, seperti yang dicontohkan Tuhan kepada apa yang ada pada badanku (alat-alat yang serba sederhana).



Saya harus merubah corak kehidupanku kerana keinginanku ketenangan dan kedamaian. 



Ketenangan dan kedamaian aku perdapat di diriku. Bersama dengannya pula, aku temui jalan hidup yang sebenarnya. 


Dan dengan jalan yang telah menjadi kepunyaanku itu, hamba berjalan mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang dan damai.



Hamba berjalan sebagai seorang musafir yang berkelana kian ke mari menjalankan tugas terhadap Tuhan, terhadap badan diriku sendiri kerana seluruh tindak-laku perbuatanku kujadikan amalanku. 



Hamba melakukan perjalanan seorang diri dengan badan, bersama-sama dengan orang lain; melakukan perjalanan yang jauh kataku, tetapi dekat. 


Hamba memberi dan sentiasa memberi dan menerima untuk badan. 


Hamba hidup dan sentiasa hidup oleh kerana ada yang menghidupkan. Hamba yang dihidupkan tadi menghidupkan pula, terutama badanku sendiri.



Hamba berjalan terus dan terus berjalan. Hamba berjalan sampai di batas. Di mana batasnya, hamba tak tahu kerana belum terbayang lagi di pelupuk mataku. Rasanya masih jauh. Dan sudah jauh pula hamba berjalan, tetapi hamba tidak berasa payah. Kerana apa? Kerana jalanku memberi nikmat lagi berisi, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Badanku? Aku kasihan padanya. Bukankah aku terkandung di dalamnya? Dia aku senangkan. Aku biarkan dia berbaring, istirahat. Dan aku berjalan terus dengan tidak meninggalkannya.


Seperti perjalanan seorang hamba Allah yang tak banyak dapat orang mengetahuinya.



Telah kuhuraikan siapa saya dan siapa pula hamba dan aku, siapa "AKU" ? Aku adalah tetap aku. Aku nan sebatang nan Tunggal, berdiri dan berbadan. Aku dengan badan dan diriku adalah manusia. 



Badanku tanpa aku adalah seumpama mayat. Dan diriku timbul oleh kerana adanya aku pada badanku.



.

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Aku adalah Pelita dalam rumah ku sendiri - page 111

Aku adalah pelita dalam rumahku sendiri. 



Dikatakan ada, aku tidak ada. Dikatakan tidak ada, aku ada. Keadaanku dalam tiada. Ada dalam sebutan, tidak ada dalam kenyataan. 



Aku bernama, dan namaku setelah jadi manusia ialah Bagindo Muchtar, pemberian dari ayahku dan hasil perpaduan dari ibu bapaku dengan izin Tuhanku. Pertemuan dari dua titikibu bapaku yang berasal dari titisan air yang memancar dari ibu bapanya pula tadinya, telah memancarkan dan menitiskan aku pula. 



Aku tak tahu bilamana aku dijadikan. Yang aku ketahui, aku sudah jadi, aku sudah ada. Dan aku telah dewasa dan menjalankan kehidupan sendiri. Pengalaman perjalanan kehidupanku yang menyebabkan aku ingin mengetahui aku yang sebenarnya. Dan begitulah setelah aku banyak mengadakan perjalanan keluar daerahku, sedangkan yang aku cari tak pernah bertemu, maka aku mulai mempelajari keadaanku, badan diriku.


Dalam perjalanan keluar aku pernah rasanya mendarat di sebuah pulau yang ada lampu nya. Aku dapat mendarat di sana setelah melalui badai taufan, laut yang bergelombang dan beralun dan aku tertarik akan cahaya lampu yang ada di sana. 


Aku naik ke darat. Selangkah demi selangkah aku langkahkan kakiku menuju lampu yang kelihatan dari jauh itu. Alangkah takjubnya aku sewaktu aku berada di bawahnya. Di sana rupanya lampu itu tak pernah mati, melainkan hidup terus. Hanya dari jauh kelihatannya hidup-mati. Aku ingin hendak mengetahui rahsianya. Dengan penelitian yang seteliti-telitinya, dapatlah aku mengetahui akan sebab-sebabnya lampu tersebut dari jauh kelihatan hidup mati.



Di SANA lampu itu hidup terus dan pada keliling lampu ada bola, yang kaca sebelah bahagian dihitamkan dan bahagian lain dibiarkan begitu sahaja. Dan bola itu berputar terus sehingga bagi orang yang melihat dari jauh, pada giliran putaran gelap lampu itu mati dan pada giliran yang tidak diapa-apakan, hidup, dan begitulah seterusnya. 



Aku memandang ke jurusan lain. Maka tak jauh dari menara lampu itu, kulihat sebuah rumah dengan dilingkari kawat berduri sekelilingnya. 



Pada hematku, tentu ada orang yang menunggu rumah tersebut. Dengan perlahan tapi pasti, aku langkahkan pula kakiku selangkah demi selangkah menuju ke rumah itu. Aku dapat menemui pintu untuk masuk ke dalam pekarangan rumah itu sambil melihat orang penunggunya.


Dengan ucapan ‘salam’ yang keluar dari mulutku, aku naiki rumah itu melalui anak tangga dan sampailah aku ke atas rumah tersebut. Salamku tidak dapat jawapan dan aku lakukan berulangulang mengucapkan salam. Tiada yang menyahut. 


Aku sampai di muka pintu untuk masuk ke dalam. Dengan tak kusedari, pintu kutolakkan. Pintu terbuka dan kelihatanlah olehku apa yang ada di dalam bahagian muka rumah itu yang merupakan satu kamar, namun orang yang kucari tak juga nampak. Tanda-tanda banyak menunjukkan padaku bahawa tak boleh tidak tentu mesti ada orang yang menghuni rumah itu.



Aku melangkah terus ke dalam dan aku sampai pula kepada sebuah pintu. Tanganku membuka pintu itu pula dan aku berada dalam kamar lain. Dan apa yang nampak olehku di Sana, semuanya menakjubkan pemandanganku kerana apa yang kulihat itu belum pernah kulihat, tidak ada di daratan. Namun, orang yang kucari tidak juga ketemu. Aku teruskan perjalananku menurutkan gerak langkah kakiku. Aku sampai ke dapurnya, kamar mandi dan semua airnya tak pernah kering. Namun, aku tak juga bertemu dengan orangnya. Aku kelilingi pulau itu kalau-kalau orang yang kucari lagi memanjat atau mencari kayu bakar. Dia yang kucari tak kujumpai.


Dalam pada itu aku sampai kembali di tempat perahuku mendarat. Hari berembang petang juga. Aku tak putus asa. Aku duduk merenung dan merenung sambil memikirkan ke mana gerangan penghuni pulau itu. 



Tiba-tiba, antara sedar tak sedar dalam lamunanku, aku mendengar suara yang bunyinya , " Hai anak, apa yang kau nantikan ? Siapa yang engkau tunggu ? Ketahuilah olehmu, bahawa yang kau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjung datang. DIA ada tetapi TIADA.  ke - ADA - an nya dalam tidak ada, tidak berupa tidak bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dengan izin NYA jua makanya engkau sampai di sini. Sekarang kembalilah engkau ke rumah tadi. Hari sudah petang juga, sedangkan engkau harus kembali. "


Aku sedar dari lamunanku. Masih teringat-ingat di telingaku kata-kata, " Apa yang engkau tunggu dan apa yang engkau nantikan ? Yang engkau tunggu dan nantikan itu tak akan kunjung datang. Dia ada tetapi tiada. Ada dalam sebutan tidak ada dalam kenyataan kerana tidak berupa dan bertampan dan lain sebagainya"



Benarkah aku sudah berada DI SANA ? Aku ingat, aku hendak mencarinya, akan mengadukan halku dan minta keadilan mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi atas badan diriku belakangan ini yang aku berasa tidak patut. Aku melangkah kembali tetapi pasti menuju ke rumah yang telah kumasuki tadi. Aku naiki kembali rumah itu. Aku memasuki kamar, maka dengan memperhatikan akan isinya dan seterusnya memasuki kamar lain.




Aku berfikir, " Apakah yang akan kuambil untuk dibawa ke daratan? Segala apa yang ada di situ aku mahu semuanya, akan tetapi bagaimana aku akan membawanya, perahuku kecil.” Aku merenung dan merenung, sambil memandang dan berfikir juga, apa yang akan kuambil. Kembali aku mendengar suara, “Hai orang muda, lekaslah. Ketahuilah olehmu matahari sudah hampir terbenam menandakan malam hampir tiba. Kau bersegeralah untuk kembali, kalau tidak nanti engkau tak tahu jalan."


Aku perhatikan dan perhatikan lagi apa yang akan kuambil. Maka terpandanglah aku kepada sebuah anak kunci tersangkut di dinding rumah itu. Maka aku ambillah anak kunci tersebut dengan pengharapan, dengan anak kunci di tangan aku akan bisa membuka pintu segala pintu, jalan segala jalan untuk pulang-pergi
ke tempat itu di kemudian hari kelak. 




Dan anak kunci itu aku masukkan ke dalam kantungku. Aku fikir lagi, masih bisa lagi yang akan kubawa. Aku pandang dan menilik, maka kelihatan olehku gumpalan gulungan tali yang berlingkar dan berpusat dan hujungnya terjuntai keluar. Aku tarik hujung tali itu dan tali itu menghulur lagi menghulur. Dengannya aku terjun ke bawah dan aku sampai kembali ke daratan.




Aku sedar sesedarnya, aku masih ingat segala kejadian itu. Aku kembali tidak dengan perahu yang kecil yang bertahun-tahun lamanya makanya aku sampai ke SANA. Aku kembali dengan hujung tali yang berpusat ke SANA dan perjalanan itu tak banyak memakan waktu. Sampai sekarang anak kunci itu masih ada padaku. 



Aku berfikir di kala itu, mungkinkah orang dapat mempercayaiku kalau aku ceritakan tentang yang kualami itu? Begitu pula bagi orang daratan yang belum pernah melihat lampu di sebuah pulau, kalau dikatakan bahawa lampu yang kelihatan hidup mati itu dari daratan, di SANAtidak mati, melainkan hidup terus. Tidak akan mahu begitu sahaja mempercayainya sebelum mereka sampai pula suatu ketika ke pulau itu dengan melihat dengan mata kepala sendiri. 


Sampai sekarang anak kunci yang kuperdapat itu telah ku perbanyak. Dan banyak pula orang yang telah menerima anak kunci dariku itu tidak pandai mempergunakannya.



.

.