“KATA
BERMULA”
Anak-anakku
sekalian,
1.
Ketahuilah
oleh mu, resaplah ke dada mu, bahawa di muka bumi Tuhan engkau berpijak dan di
bawah lindungan Yang Maha Besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan
dihidupkan. Dari itu sembahlah DIA, ALLAH Yang Maha Esa dan pohonlah
segala-galanya kepadanya.
2.
Engkau
menjadi orang melalui ibu bapa mu. Kalau tidak ada ibu bapa mu tentu engkau tak
akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari itu sujudlah dan
hormatilah dia sedalam-dalamnya dan jangan durhaka kepadanya.
3.
Engkau
dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungannya, kerana
dia yang mengandungkan engkau. Seorang anak tak akan jadi kalau tak ada bapa.
Dan di
bidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu,
walaupun engkau memanggilkan bapa padaku.
Sebagai
seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan
“Bahagia” pada Rasa Perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di mana
letaknya “Bahagia” mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada pada mu,
tetapi di mana letaknya? Letaknya ialah pada mu, iaitu di tempatnya. Mungkinkah
letaknya di luar mu? Tidak mungkin, kerana engkau yang membawanya.
Bahagia ku letaknya padaku dan bahagia mu letaknya padamu. Aku mengandung bahagia dan engkau mengandung bahagia. Untuk merasakannya dan mendapat itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu.
Engkau tidak tahu. Dalam hal ini, maka aku yang engkau anggap Guru mu yang menolong melahirkan kandungan mu itu.
Dan engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami “Bahagia mu” yang telah dilahirkan itu.
Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia “Diri” mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.
Pelajarilah segala sesuatunya dengan sesuatu yang ada padamu dan jagalah hadap mu terhadap : Ibu bapamu, sesudah itu Guru mu. Dan istimewa terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang dijadikan, yang Mengetahui yang tidak diketahui oleh apa dan siapa sahaja, sembahlah Dia dan carilah Rahsianya yang terkandung di dalam, badan dirimu, untuk dapat mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.
‘Rabbighfir Warham Waanta khairu-ar-raahimiin …’
“Hai Tuhan ku,
ampuni lah kesalahan ku, kasihanilah aku,
Engkau
sebaik-baik Yang Mengasihi.”
Palembang,
27hb. Nov. 1965
(Bagindo Muchtar)
27hb. Nov. 1965
(Bagindo Muchtar)
Dilarang mengutip, kalau tak seizin
yang empunya.
Untuk disesuaikan, demi mencari
kebenaran.
No comments:
Post a Comment