Sebelum
mencuba melatih Diri untuk mengenalnya, untuk diketahui dan untuk direnungkan
lebih baik bacalah kisah yang tersebut di bawah ini dengan saksama. Ceritanya
ialah:
1) Rumah Nampak Jalan Tak Tentu
Kata yang
empunya kisah:
Ada sebuah rumah, lengkap dengan
alat-alatnya. Bila rumah itu didirikan dan siapa yang membuatnya tidak seorang
yang tahu satu juga. Orang tahu hanya rumah itu telah ada. Berdiri dengan
sendirinya dan jarang orang mau menyelidikinya.
Konon khabarnya kata orang yang
tahu, rumah tersebut sangat terahsia dan amat banyak mengandung rahsia. Jarang
orang sampai ke rumah itu, apa lagi mengetahui Rahsia yang terkandung di
dalamnya. Rumah itu selain dari alat-alat perlengkapan yang ada, mengandung
kamar (bilik) dan dalam kamar ada pula kamar yang terahsia. Dan dalam kamar terahsia
itu duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah berseri-seri
sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu, menurut wasiat yang
diterimanya.
Adalah Dia
itu anak raja asal berasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan. Benar
lagi Betul lagi Bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Baginy adalah air,
hampir makanan murah, datang dengan sendirinya. Dia memberi kehidupan kepada
alam sekelilingnya dan amat sayang sekali yang dihidupkannya itu tak pernah mau
mengenalnya atau mengetahuinya.
Alam
sekelilingnya tiada mau mengerti kepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai
alam biasa saja dengan memperhitungkan menurut hukum alam pula. Dia duduk di
tempatnya, menantikan
kedatangan sesuatu sebagai amanah. Dia tahu dan mengetahui keadaan
sekelilingnya, akan tetapi membisu seribu bahasa, kerana tidak ada yang mahu
tahu kepadanya.
Amanah yang diterimanya ialah: Duduk
ditempatnya menantikan
kedatangan satu antara dua iaitu:
Pertama : Yang punya datang menjemput, yang bererti kembali ke asalnya.
Kedua : Kedatangan seorang Kesatria jujur lagi benar yang sanggup
menemuinya di tempatnya dan membawanya keluar,
kerana Dia ingin bebas tetapi tak lepas dan Kesatria itulah
teman hidupnya sejati dunia dan akhirat dan kepadanyalah
diserahkannya segala apa-apa yang ada padanya pada teman
hidupnya itu, kalau orang yang ditumpanginya tahu akan Rahsianya.
Dan berdasarkan Rahsia yang tersebut di atas
makanya setelah rumah itu sudah dalam keadaan lengkap, artinya sempurna,
makanya jalan untuk memasuki rumah itu sudah ditutup dan terahsia, kerana
sangat banyak mengandung Rahsia di dalamnya.
.
No comments:
Post a Comment