RAHSIA
“HIDUP”
Telah engkau
ketahui bahawa yang dinamakan Aku bagi mu itu letaknya di tempatnya dan tempatnya ialah
padamu jua, iaitu di dalam batang tubuhmu.
Dan buat Aku mu itu, Aku
memanggilkan Engkau padanya, kerana Aku ku dan Aku mu, walaupun asalnya sama,
tapi letaknya berlainan tempatnya, iaitu pada mu dan pada ku.
Aku yang dimaksudkan Dia yang bila
saatnya telah tiba nanti: akan meninggalkan kita, Dia akan kembali ke asalnya,
iaitu kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Jadi adalah bagi kita manusia, yang
menjadi pegangan ialah Aku. Dan dialah yang tak lekang oleh panas dan
tak lapuk oleh hujan, suatu anugerah Agung dari Yang Maha Esa kepada kita.
Saya belum dapat kata-kata lain
sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya, untuk
menamakan pemberian dari Tuhan yang dikatakan “A K U” itu. Mungkin orang lain
akan menamakan nya lain pula, tetapi Aku mengatakan adalah itu anugerah yang
sebesar-besarnya dari Yang Memberi, untuk kita. Betapa tidak, bukankah Dia
pokok pangkal dari kehidupan kita. Bayangkanlah, kalau Dia tidak ada, adakah
yang kita manusia Hidup namanya. Tidak bukan. Dengan kepergian nya, maka
matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan Hidup bergantung kepadanya.
Bila Hidup telah meninggalkan kita
namaya kita telah mati. Dan adalah yang dikatakan telah mati itu, tidak layak
tinggal di atas Dunia; Ada yang dikubur dan ada pula yang dibakar.
Ada orang yang memberi nama
“Anugerah Agung” kepada : otak, kerana dari sanalah keluar sesuatunya, yang
menghasilkan alam peikiran dan enghasilkan segala sesuatu.
Kami mengatakan itu adalah hasil
kejadian dari Yang Menjadikan kejadian yang berat dan teratur oleh Yang
Menciptakan iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Biasakah yang dijadikan itu berbuat atau
menghasilkan sesuatu kalau ia tenaga Hidup yang berasalkan dan berisi
daya Hidup, tak mengalir dalam otak tersebut? Tentu tidak, bukan? Jadi pastilah
ada sesuatu yang
dinamakan Hidup di batang tubuh kita yg berisikan daya-daya mengaliri
jalan kehidupan kita.
Berdasarkan keterangan di atas
adalah kita ini terdiri dari; Yang dijadikan dan yang dianugerahkan.
Yang menjadikan dan yang
menganugerahkan kita ialah Yang Tunggal, Esa iaitu ALLAH, Yang Maha Esa dan
Kuasa.
Kita mendapati barang sudah dengan
sempurnanya kejadian kita dijadikannya dengan Anugerahnya yang sangat berharga
dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk
menjalankan kehidupan kita menurut yang kehendak. Manusia
sedar selamanya ingin kesenangan -
kekayaan – kejayaan kesimpulannya “BAHAGIA”.
Tidak ada yang mahu sakit – hina –
miskin – kesimpulannya menderita atau sengsara. Tetapi mengapa
manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai
ketingkatan bahagia apalagi diidamkan dunia dan akhirat?
Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalani kehidupan, tidak berpegang kepada
jalannya Hidup yang sebenarnya.
Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri.
Di
mana letaknya kesalahan kita itu?
Jalan yang manakah yang akan kita
lalui untuk kebahagiaan hidup kita itu? Untuk ini hendaklah kita pelajari
ke-ada-an badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam dan sampai menemui
Aku kita.
Telah kita ketahui bahawa adalah kelengkapan
kita ini terdiri dari:
1.
Yang
dijadikan
iaitu batang tubuh kita (Badan)
2.
Yang
dianugerahkan
iaitu dinamakan ‘Hidup’ (Nyawa)
Yang pertama iaitu yang dijadikan merupakan lahir (zahir) bagi kita dan yang kedua iaitu dinamakan ‘Hidup’ berupa
batin, iaitu tidak nyata, akan
tetapi tidak dapat dimungkiri akan ke-ada-annya. Jadi adalah Dia terkandung
dalam badan kita.
Kemanusiaan kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan
antara kedua itu.
·
Badan
tidak akan berarti kalau itu ‘Hidup’ tak ada.
·
Hidup
pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya.
Jadi
adalah satu sama lain butuh membutuhkan. Oleh kerana itulah maka adalah kita
manusia dengan perlengkapan yang ada diperbandingkan dengan makhluk-makhluk
lain, sebaik kejadian oleh Yang Menjadikan.
Di dalam batang tubuh kita, didapati
dua aliran, iaitu aliran zahir dan aliran batin.
Aliran zahir
iaitu
aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mengaliri
jalan-jalan saluran yang telah sedia mengaliri seluruh batang tubuh atau yang
namakan orang Jasmani.
Aliran ‘batin’ ialah aliran
yang berisikan daya hidup yang
berpokok pangkal dari ‘Hidup’ mengaliri aliran yang telah tertentu
pula seperti aliran jasmani yang dinamakan orang Rohani.
Dan kita ketahui sekarang aliran jasmani dan rohani lahir dan batin.
Tiap-tiap aliran mengandung isi. Aliran jasmani isinya ialah darah dan apakah isi aliran rohani? Untuk mengetahui isinya,
hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya.
Sebelum
dapat merasakan
dan mempunyai itu tenaga ‘Rohani’ yang berasalkan dari yang hidup tentu tidak
akan percaya atau tidak mau percaya, kalau dikatakan adalah aliran yang
dikatakan aliran
rohani itu berisikan hidup,
kerana berasalkan dari yg ‘HIDUP’, itulah anugerah Agung dari
Yang Maha Kuasa kepada tiap-tiap manusia.
Aliran jasmani dan rohani itu
jalanya adalah seumpama cable letrik atau cable dengan stroom (karan), yang
mana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannya, kerana dia itu :
JAUH TAK BERANTARA DAN DEKAT TAK
BERBATAS
Satu, tetapi berpisah, bukan
terpecah. Dan
adalah kedua aliran tersebut batasnya bulu dan kulit kita sebagai dinding atau
sebagai penutupnya. Untuk dapat mengetahui dan menguasai aliran Rohani itu
secara Positif tentu kita harus dapat menembus dinding itu, sehingga kita dapat
merasakan dan mempelajarinya. Sanggup kita sendiri menembus atau memisahkan
antara tenaga lahir dan daya tenaga batin dan dengan kecerdasan dan kesanggupan
kita untuk mengenalnya, mungkin kita dapat menembus dinding yang dimaksud.
.
No comments:
Post a Comment