Orang
yang tak tahu di diri, kehilangan diri, dan yang berdirikan pada tanah dengan
mudah terperdaya oleh syaitan, kerana api itu bisa berdiri dan hidup di atas
tanah. Dengan
tak disedarinya dia telah menjadi manusia iblis, kerana
iblis telah bersarang di dalam batang tubuhnya, yang berasal di balik asal dari
tanah itu.
Betapa
tidak? Iblis yang tidak nyata itu, bagaimana ia bisa mengetahui kalau ia lupa
ke DIRI nya? Iblis bisa masuk melalui makanan, minuman, sedang tidur dan lain
sebagainya, dan lama di dalam menguasai DIRI dan menutup sampai orang
kehilangannya. Intan telah terbenam
dalam lumpur.
Hanya
dengan mengetahui DIRI - menemui DIRI dan dengan jalannya DIRI segala sesat dan
yang menyesatkan itu bisa disapu bersih.
Dari
itu kenali diri, pelajarilah DIRI, temuilah DIRI dan turutlah jalannya DIRI
yang telah ditemui itu.
Iblis
yang berasal dari api itu akan hancur berantakan
kalau kita ketahui DIRI
kita. Dan itulah yang dikatakan, “Kecuali ‘yang sedikit’ itu. Yang sedikit ada pada tiap-tiap orang, dari
itu kemukakanlah DIA dan pergunakanlah Dia.
Sedikit,
tetapi menakutkan, menggemparkan, tak sanggup iblis memperdayakannya sebab dia
tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, berdiri dengan sendirinya.
Yang
sedikit itulah “Rahsia”. Rahsia kelebihan
bagi yang mengetahui, menemui dan mempergunakannya. Seluruh makhluk akan sujud
menyembah kepadanya, iIngat akan kejadian kita pada waktu Tuhan akan menyuruh
menyembah kepada nenek-moyang kita Adam A.S. Semuanya sujud, kecuali Iblis. Dia
engkar, tak patuh pada Yang MAHA KUASA, sedangkan ALLAH mengetahui yang tak
diketahuinya. DIA engkar dan semenjak itu dia menjadi musuh kita nombor satu.
DIA berniat akan memusnahkan, akan memperdayakan kita manusia sampai kepada
anak cucu cicit, sampai kepada hari kiamat.
Sekarang
kita telah mendapat tahu akan rahsia, itu yang sedikit, bahkan kita telah
menemuinya pula. Apa yang kita takutkan lagi, kalau kita mahu, kita akan
sanggup menghancurkannya. Bahkan, kalau kita ketahui betul, melihat kita sahaja dia sudah
lari menyingkir dari kita.
Dengan
nya,
kita tidak takut kepada siapa sahaja, kecuali ALLAH. Hanya ALLAH tempat kita
takut. Yang sedikit yang kita ketahui, hendaklah DIA kita temui dan punyai
serta kuasai, sehingga kita bisa mempergunakan daya gunanya yang banyak
mengandungi rahsia itu.
.
No comments:
Post a Comment