Rahsia Diri
terletak pada kita. Di luarkah atau di dalam kerana Dia ada di luar dan ada
pula di dalam. Ada pada kita dan ada pada orang. Orang yang tak tahu didiri,
tak berpendirian. Dari itu ketahuilah Dirimu dan temuilah Dia dan pelajarilah Rahsianya.
Dengan Diri
engkau bisa menangkap segala-segalanya. Diri yang lemah akan menjadi mangsa yang
kuat. Dari itu perkuat diri mu, perbesar, perkembanglah Dia. Diri yang kuat,
yang besar dan sudah berkembang tak bisa dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Perkuatkanlah
DIA dengan jalannya, perbesarkanlah DIA dengan jalannya dan kembangkanlah DIA dengan
jalannya. Untuk itu temuilah jalan DIRI itu.
Dia kuat
lagi benar, kerana berasal dari yang MAHA KUASA dan MAHA BENAR. Gunungkanlah itu yang setetes dan lautkanlah itu yang
sekepal. Dengan apa menggunungkan yang setetes dan dengan apa
melautkan yang sekepal itu? Jawabnya mudah sahaja, iaitu dengan jalannya. Segala sesuatu,
selesaikanlah dengan jalannya. Dan jalan itu telah kita punyai.
Berpegang teguhlah pada jalannya dan
jangan bercerai-berai. Adalah jalan itu merupakan mata rantai, kait berkait,
rangkai berangkai dengan satu
sama lain.
Putus
minta disambung, kusut minta diselesaikan, keruh minta diperjernih. Kusut di
hujung benang, kembali ke pangkal benang.
Kesemuanya
diselesaikan, dilakukan, dibawakan dengan jalannya. Orang yang tak tahu di DIRI, kehilangan DIRI, hidupnya tak bererti
dan akan menjadi mangsa yang ber Diri, kita
akan diperalat kerana dianggap barang mati.
Dari itu
ketahuilah Diri, carilah Diri, sampai ditemui dan pergunakanlah itu Diri supaya
kita berpendirian. Dan hiduplah dengan DIRI. Diri yang dimaksud ialah diri yang
sebenarnya DIRI, bukan DIRI yang dibuat-buat, Diri yang didirikan, melainkan Diri
asali, Diri yang berdiri dengan sendirinya. Diri yang duduk benar, tegak benar,
berjalan benar kerana berasal langsung dari yang MAHA BENAR lagi MAHA SUCI.
.
No comments:
Post a Comment