Kita kembali latihan semula, iaitu mencari Diri
kita yang berdiri dengan sendirinya itu. Setelah kita dapat
menemui jalannya pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam,
maka dengan mematikan segala tenaga kita
yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya pernafasan kita itu, dengan
pengertian kita mulai memakai atau mempergunakan tenaga dari dalam, iaitu tenaga
yang menyebabkan turun naiknya pernafasan kita.
Lancarnya latihan kita dan sampai kepada
peningkatan pergerakan yang dibawa oleh daya tenaga yang berasalkan dari
jalannya pernafasan kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat membawakannya sampai mengerti,
ialah pandai
kita meyerahkan segala sesuatu apa yang ada pada kita pada nya, iaitu Yang
Berdiri Dengan SendiriNya itu.
Dia akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyai dan
dikuasainya, dengan pergertian kalau tadinya kita menganggap Dia kepunyaan
kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi iaitu kita jadikan kita menjadi
kepunyaan Nya.
Setahu kita Dia telah ada bersama kita dan adalah Dia itu
kepunyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH
Yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. Dia datang dari NYA dan akan
kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangan nya kepada kita untuk kesempurnaan kejadian
kita. Dan tidaklah sempurna
kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui,
mengenal dan menemuinya.
Adalah Dia
itu lansung dari Yang Maha Esa dan adalah
keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita
kerana Dia ASLI (Original) dan kita dari yang dijadikan, sungguh
pun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga.
Satu Asal, tetapi berlainan
ke-ada-an. Dia ada tetapi tiada, kita
ada dan nyata Dia yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung dalam
batang tubuh kita, kenapa kita tak dapat menemuinya? Tuhan telah memberikannya
kepada kita untuk “Hidup”, bukan untuk mati.
Jadi nyatalah sudah ada kelebihannya
dari kita dan Rahsia hidup dan kehidupan kita padanyalah letaknya. Dan kalau
kita ingin hidup bahagia, tentu Dia mesti kita cari dan kita temui, seperti
telah dikatakan di atas, padanyalah terletak Rahsia Hidup itu.
Untuk mengetahui dan menemuinya
tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan Dia dengan jalan
memisahkan yang satu dengan yang lain, antara Badan dan Diri atau antara Dia
dan Aku.
Latihan yang
kita bawakan dengan mematikan badan
sebelum mati, sebenarnya, mendatangkan sudah
permulaan perpisahan, kerana dengan perbuatan kita itu, maka tinggallah
yang Hidup. Perbuatan kita dengan latihan itu ialah kita meninggalkan yang
Hidup, oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam ke-ada-an yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan
menguasainya kita tak dapat yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui
dan menguasainya kita tak dapat mengatakan kepastiannya yang sebenar apa lagi
mememcahkan Rahsianya.
Untuk itu hendaklah kita terus berlatih
dan berlatih
mencarinya sampai
ada pancaran keluar dari hujung jari-jari kita. Dengan telah
dapatnya, kita merasakan pancaran yang keluar dari hujung jari-jari kita itu,
bererti dinding telah tembus dan Rahsia telah terbuka dan tugas kita ialah mempelajarinya
lagi dengan pengalaman-pengalaman (PERCUBAAN-PERCUBAAN).
.
No comments:
Post a Comment