Dan adalah yang dinamakan DIRI itu, kumpulan dari isi-isi
atau butir-butir hidup yang berasal dari hidup yang didatangkan oleh YANG
MAHA ESA. DIA hidup lagi menjaga. Dan adalah
kandungan DIRI itu zat
serba zat.
Zat tersebut meisi dan mealiri jalannya kehidupan di dalam dan seluruh alirannya menimbulkan ROHANI yang berupakan gambaran dari JASMANI.
Dapat diketahui bahawa pada kita ada dua tenaga hidup iaitu pertama lahir
dan kedua tenaga
batin atau tenaga ghaib.
Dapat diketahui, tenaga lahir berasal dari tenaga hidup yang dihidupkan
yang menjadi tenaga jasmani, iaitu
datangnya dari zat makanan yang kita makan dan minum, umpamanya
nasi, buah-buahan, daging dan sebagainya.
Tenaga
batin ialah berasal dari tenaga hidup
yang sebenarnya hidup yang ada dan di
dalam dan di luar batang tubuh kita (udara). Keadaannya di dalam batang tubuh kita yang menjadi pokok kehidupan kita,
seumpama setitis air embun di
daun talas atau daun keladi, hening jernih tetapi lekat
pada daun.
Untuk ke “Bahagian” hidup kita, hendaklah
kita hidupkan yang hidup itu, seperti
kata pepatah: Yang
setitis minta digunungkan. Perbuatan
kita menggunungkan yang setitis
itu menghasilkan sekepal, dan untuk kehidupan selanjutnya, hendaklah yang sekepal itu kita lautkan kerana kita akan mengharungi lautan
hidup.
Dalam ilmu kejiwaan, perbuatan kita
menggunungkan yang setitis
itu, berarti membesarkan
jiwa, kerana lautan hidup yang kita tempuh atau lalui,
beralun dan bergelombang, jalannya panjang dan berliku-liku, berlurah dan berbukit, berduri, dan berbatu
dan di balik itulah yang dinamakan BAHAGIA.
Untuk itu kita harus pandai membawakan hidup, pandai membawakan DIRI dengan pengertian yang dalam kita mesti kenal betul lebih dahulu yang mana itu hidup dan yang mana itu DIRI.
Hidup itu letaknya pada ketenangan,
pada ketabahan, yang keluarnya menyatakan kebesaran jiwa, bukan sombong, bukan takbur dan
pula angkuh, dari itu ketahuilah DIRI, dan tahulah pula harga diri.
Orang yang tahu harga DIRI nya tak akan menjual DIRI.
No comments:
Post a Comment