Menampung dan
menyelesaikan Segala Yang Mendatang
Pengalamanku
bertahun-tahun (10 th.) dengan duduk menanti membawakan Diri itu, banyaklah
sudah Rahsianya aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalan
yang mendatangi ku, telah ku selesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan
kesemuanya itu aku selesaikan bersertanya.
Aku semenjak
kecil ditinggalkan ayah dan sebagai seorang kelahiran di tanah Minangkabau yang
mewarisi pusakaturun dari mamak-kekemanakan tak mempunyai mamak kandung.
Yang aku
kenal, aku berbapak tiri, yang kalau boleh k ukatakan, sayang tidak, benci pun
tidak kepadaku, tetapi aku tahu betul, ibu sangat sayang padaku. Betapa tidak,
adalah aku anak laki-laki yang pertama, padaku banyak terletak harapannya, di
hari tuanya, di waktu aku telah besar kelak. Aku masih ingat di waktu hati risau tak menentu, aku sering duduk di tepi
pantai, memperhatikan jalannya matahari yang akan terbenam. Sesekali aku
melihat ke tepi laut, melihat alun yang berkejar-kejaran ganti berganti menghempaskan
diri. Di sana aku sering berkhayal bertanyakan akan kejadianku nanti, bagaimana
hidupku di belakang hari.
Aku ingin hidup jadi orang. Aku tak pernah
dapat jawapan, kerana jawapan yang ku nanti tak kunjung datang. Dari siapa yang
ku tunggu, pada hal aku pada waktu itu seorang diri, yah aku menyendiri. Hanya Rasa
perasaan ku waktu itu cuma
yang berubah, iaitu dia mengeluarkan nafas panjang. Matahari sudah terbenam
untuk akan terbit besok pagi di Timur dan aku tersentak dari lamunanku.
Pada sejarah
hidupku yang sudah-sudah aku sudah banyak kehilangan. Dari, kecil ditinggalkan
ayah, menyusul ditinggalkan adik, ditinggalkan saudara perempuan,. ditinggalkan
ibu, ditinggalkan isteri yang dicintai dan disayangi, dan kesemuanya itu
membawa kesan kepada rasa perasaan ku, batinku, ditambah pula dengan pengalaman hidup
sendiri untuk bisa hidup.
Dan jasadku
mengalami perubahan pula, iaitu aku mengalami pembedahan pada bahagian
punggungku dua kali berturut-turut dalam tempoh sebulan dengan mematikan
badanku lebih dahulu dan dua kali pula tambahan darah di saat pembedahan itu
dilakukan. Pendek kata, bermacam-macam kematian telah aku alami sampai kepada
badan ku sendiri dan Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih “hidup”, bahkan Tuhan telah
memberi kesanggupan pula kepadaku memecahkan Rahsia Hidup yang sebenarnya, yang
aku jadikan ilmu Pengetahuan ku.
Sebagai
seorang manusia biasa yang harus membanting tulang untuk mendapatkan keperluan
lahir, mungkin aku tak kuat kerana zahirku lemah dan tubuh ku cacat sudah.
Akan tetapi
setelah aku menemui garis hidup yang sebenarnya yang dikurniakan Tuhan padaku
yang aku jadikan ilmu Pengetahuan ku, iaitu ilmu hidup, aku jadi hidup
sebenarnya hidup dan bisa hidup, kerana jalan hidup yang menjadi pegangan ku sekarang
ialah berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula
sesat.
Jalannya
kehidupan ku sendiri yang ku temui itu yang kepastiannya berasal dari dalam
batang tubuhku, maka untuk mengetahui Rahsianya aku pergunakanlah Dia untuk
keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan, dan sangat
banyak daya gunanya yang telah aku ketahui. Pengalaman ku ambil jadi
guruku.
Aku berteori
dalam berpraktik, belajar sambil mengajar, menerima dalam memberi, aku jadi
murid sewaktu jadi guru.
Percubaan-percubaan
aku lakukan pada badan sendiri, pada anak-anak ku pada isteri ku, pada anak
murid ku pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.
Aku yang
tadinya dikenal orang sebagai seorang buruh pada perusahaan Bangsa Asing, belakang
dikenal dengan penilaian masing-masing. Dan begitulah hidup ku sekarang, dengan
Rahsia Diriku.
Aku telah
lahir untuk kedua kalinya dan kelahiran yang kedua ini terlahir dengan sendirinya.
.
No comments:
Post a Comment