Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Mendudukkan Diri Pada Tempatnya - page 25



“ Mendudukkan Diri pada tempatnya “

Telah jauh kita berjalan dan telah lama kita berjalan di bidang kehidupan, banyak lurah yang dituruni dan banyak pula sudah bukit yang didaki, dan bermacam-macam pula sudah gelombang Hidup yang telah kita lalui untuk mencari sesuatu, untuk keperluan sesuatu. Telah letih badan selama berjalan, apalagi perjalanan yang dibawakan dengan tak tentu arah tujuannya, kehendak hati belum juga dapat, tetapi tenaga sudah habis, apa daya apa akal -apa yang harus diperbuat? Apa kita harus kembali?


Pantang bagi seseorang akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum kesampaian. Jadi bagaimana mestinya? Falsafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan, duduklah tetapi sebelum duduk, berdiri lebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bekal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja. Hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu.


Duduk sebagai seorang berilmu atau ahli.
Untuk mengetahui kedudukan diri yang sebenarnya, hendaklah kita turutkan jalan yang telah kita temui itu, iaitu jalan yang hidup lagi berisi, maka kecerdasan dan kearifan kita dapat menangkap, bahawa dia si Diri telah duduk di tempatnya. Tanda- tanda yang ditemui menunjukkan kepada kita di mana tempatnya yang sebenarnya.

Telah kita ketahui bahawa duduknya di dalam batang tubuh kita dan letaknya di tempatnya. Duduknya berserta kita dan berjalan pun berserta kita.


 Baginya tak peduli apa kita seorang Pedagang besar atau kecil atau pedagang kaki lima, Pegawai Tinggi Menengah atau Rendah, doktor, dukun - tabib, seorang jurujual insurans - S.H. atau Pengatjara, tukang beca - supir atau montir atau jadi apa sekali pun, pokoknya pandai mendudukkan diri pada tempatnya, kalau tidak, tidak akan didapat kehendak hati.


Bagi ku Aku duduk di tempat ku, iaitu di rumah ku, yah memang di rumah tempatku dan adalah Diriku yang banyak mengandung Rahsia itu, I l m u k u.


Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin, menampung segala-galanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempoh- tempoh aku berjalan, yah aku berjalan tetapi duduk di tempat. Di mana sahaja aku ditempatkan, aku tetap hidup.


Lapar aku makan, haus aku minum, ngantuk aku tidur, orang tidur aku tidak. Itulah Rahsiaku, dan itu pulalah Rahsianya Diri ku. Rahsianya telah menjadi Rahsiaku. Oleh kerana Dia Hidup, maka peganganku yang Hidup itulah.


Akulah hidup itu, mealiri seluruh batang tubuhku. Dan itulah Aku sekarang, besok, lusa dan nanti.


Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui yang menghidupkan Aku sudah berpengalaman, suka duka telah ku lalui, derita jangan disebut lagi Pengorbanan? Yah, hanya Tuhan Yang Tahu. Hidup ku yang sudah-sudah berpedoman kepada yang ada.


Aku tidak berkorban hanya berkorban perasaan. Pengorbanan yang ku katakan itu ialah Cubaan dan Peringatan bagiku. Dan akhirnya tahulah aku bahawa pegangan hidupku salah. Aku berpegang pada yang mati yang ku anggap hidup padahal di balik yang ku katakan hidup itulah yang sebenarnya hidup.


Hidup yang sebenarnya, kalau boleh diumpamakan : dia hanya satu titik, akan tetapi beriisi aliran Hidup sepanjang batang tubuhku.


Aliran hidup itulah sekarang yang menjadi peganganku. Setelah aku menemuinya, tahulah aku bahawa dia itu ialah aliran Diri ku dan mengandung sangat banyak daya guna.



Dan duduklah Dia di tempatnya dan letaknya samaku.


.

No comments:

Post a Comment