Diri
itu jernih, bersih - suci.
Dia
hening, tenang, tidak ada tetapi ada, itulah DIA yang tidak ada tetapi ada
bersama kita itu : Ke Tuhanan kerana berasal dari Tuhan.
Jadi
adalah yang telah ada sama kita itu keTuhanan dan
bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan, Esa Tunggal, tidak dua, tidak tiga, apalagi
banyak.
Ke
Tuhanan ada pada kita, ada pada orang lain dan ada di mana-mana.
Kenal-mengenalilah satu sama lain, hubung-menghubungilah, kerana tidak kenal
maka tidak sayang.
Syaitan
berdiri, iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi DIRI nya tidak seperti DIRI
kita manusia, sama-sama makhluk dijadikan Tuhan, lain jenis. Mereka itu berasal
dari api yang sifatnya merosak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia
membawa kita ke neraka kerana dia tidak senang akan kejadian kita.
Diperintahkan
Tuhan dia sujud kepada nenek moyang kita Adam, dia tidak mau, dia engkar, maka
neraka waillun tempatnya ditentukan Tuhan.
Ia
berkata: Patutkah saya sujud pada orang yang engkau jadikan daripada tanah? Dia
meminta dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat guna memusnahkan atau
memperdayakan anak cucu orang itu di belakang hari, kecuali
yang sedikit.
Dan
yang sedikit itu yang
tak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak
engkau ketahui, kata Tuhan.
.
No comments:
Post a Comment