Melahirkan Manusia baru :
Gunanya
manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corak hidup yang tidak memuaskan,
merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk
masyarakat baru dengan susunan baru, dan caranya ialah dengan Gaya Baru.
Untuk
mendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untuk kedua kalinya,
dan dengan Daya
Tenaga Baru kita perbaharu corak
masyarakat yang tidak sesuai itu lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat
baru dengan gaya baru.
Pahit getir
dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami, dari itu makanya kita anti penjajah
dan tidak mau pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekaan penuh, perikehidupan
yang teratur dan tersusun dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akan
menjajah, melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur,
membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yang benar dan hidup berdampingan,
duduk sama rendah tegak sama tinggi kerana kita berperikemanusiaan dalam erti
yang sebenarnya.
Dari itu,
lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dan tak sanggup melahirkan
sendiri, minta dilahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan
mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah
kecerdasan dan kearifan.
Temui Diri sendiri
lebih dahulu, perbaiki ke-ada-an Diri itu dan pelajari kehidupan sendiri di
dalam
dan ketahuilah
apa itu Diri yang sebenarnya, supaya kita berpendirian.
Lahir yang
kedua kali itu, bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si Diri
menembus alam sendiri dengan memancar, pancaran yang berisi.
Pancaran yang berisi
itulah
yang akan diperhatikan, yang akan kita pelajari kerana isinya
mengandung rahsia iaitu Rahsia Diri.
.
No comments:
Post a Comment