Hidup ialah mempunyai alam sendiri.
Dia memberi kehidupan kepada yang ada. Yang diberikannya ialah i s i . Alirannya hidup, artinya tiada mati (beku). Kebanyakan orang tak pandai membawa hidup, kerana
membawakan sendiri kehidupan sendiri tanpa ada pengertian hidup.
Apa artinya Hidup yang sebenarnya? Dan di
manakah letaknya hidup itu? Pada kesengsaraankah, pada sukakah, pada
dukakah, pada hartakah, pada wang atau pada pangkatkah?
Letaknya bukan pada kaya, pada miskin, pada mulia,
pada sengsara, pada suka, pada duka, pada miskin, pada harta wang, pada
pangkat dan lain sebagainya.
Kesemuanya itu adalah akibat dari
perjalanan hidup yang telah kita lalui yang sedang dan yang akan kita
lalui.
Kambing, sapi atau kerbau tidak kaya, bahkan tidak
punya apa-apa, juga hidup. Anjing juga hidup, bezanya dia binatang, kita
manusia.
Sebelum kita dapat mengerti apa itu hidup yang
sebenarnya, hendaklah diketahui lebih dahulu bahawa hidup itu ada di diri
kita dan Diri itu ada di dalam batang tubuh kita. Dan dia
meisi kehidupan kita.
Di waktu kita menjalankan kehidupan kita di luar untuk
memenuhi keperluan lahir, adakah dia kita bawa serta? Tentu orang akan
mengatakan "ada", kerana dia telah berada bersama kita.
Aku akan mengatakan "tidak"
kerana sungguhpun ke mana saudara pergi dia ada sama saudara, tetapi untuk melancarkan usaha saudara
"dia" tidak saudara bawa serta dengan artinya yang
sebenarnya.
Pembawaan saudara itu, walaupun dia ada,
tetapi tidak ikut berjasa pada usaha saudara di luar, hanya di dalam
saja. Jadi adalah untuk usaha saudara di segala bidang, ke-ada-an nya pasif, tidak aktif.
Dan mengaktifkannya perlu dia selain
diketahui ke-ada-an nya. Juga kita harus mengerti caranya dan
kita usahakan supaya dia selain meisi kehidupan kita di dalam,
juga meisi kehidupan kita di luar.
Beruntunglah orang yang dapat mengetahui, menemui
dan mengerti cara dan keadaannya.
Surat Ar Ruum ayat 8:
Tiadakah mereka memikirkan apa yang
di dalam
Dirinya sendiri?
Ada apa di dalam diri kita itu? Kita telah menemui DIRI
kita dan telah mengetahui pula. Dan sudahkah kita
mengetahui terdiri dari apa itu Diri dan ada apa di dalamnya?
Untuk ini hendaklah kita ambil pelajaran pada kenyataannya
itu Diri yang telah kita temui. Semenjak kita telah menemui itu diri,
bererti DIA telah ada. Keadaannya bersama kita. Kita pelajari DIA untuk mengetahui dan mendapat isinya. Kita
menemuinya setelah kita mendapat jejaknya, iaitu jalannya. Jalannya itu
berisi, kerana DIA meisi kehidupan kita di dalam. Adalah keadaannya tak
ubahnya sebagai butir-butir darah melalui pembuluh darah. Hanya beza keadaannya
berlainan, satu nyata dan yang satu lagi tidak nyata.
.
No comments:
Post a Comment