Bagi orang baru keluar dari penjara,
dari kurungan, dari penderitaan, dari penindasan, setelah pintu terbuka
baginya hendaklah dia bertanya, "Siapa
AKU, hendak ke mana AKU dan mahu apa AKU: Jawabnya tepat ialah:
"KETAHUILAH DIRIMU"
Kerana : kalau engkau itik,
tentu pulang keselukan (pelimbahan), kalau ayam tentu pulang ke kandang
(kelesung).
Ketahuilah bahawa tiap-tiap orang,
tiap-tiap kita ada itu Anugerah Agong, kurnia
Tuhan yang terahsia letaknya pada kita itu. Dan selain ter Rahsia letaknya
pada kita, juga dia banyak mengandung rahsia.
Masing-masing kita mengandungnya.
Supaya kita puas menjalankan ke Hidupan, maka
lahirkanlah kandungan itu. Dengan kelahirannya
maka terbukalah sudah Rahsianya. Hanya sedikit tetapi amat besar artinya
bagi kita, kerana Dia Hidup, menghidupkan kita.
Dan itulah Dia yang sedikit "Roh
ku" kata Tuhan, sewaktu meniupkannya ke dalam batang tubuh nenek
moyang kita manusia yang pertama.
Bagi orang yang telah mengenalnya,
Tuhankah namanya itu? Tentu tidak, bukan? Dan bagi orang yang
mengetahui kedatangannya dari Tuhan, anak Tuhankah namanya? Tentu
tidak, bukan?
Dari itu kami yang telah menemuinya
dan telah menjadikan Diri kami Dia. Menamakan
yang telah ada bersama kita itu KE - TU -
HAN - AN .Sekali
lagi, ketuhanan.
Orang
mengatakan: "Kenalilah DIRI mu, kerana siapa mengenal Dirinya akan
mengenal Tuhan dengan sendirinya."
Untuk mengenal DIRI secara positif,
'lahirkanlah', kandungan masing-masing. Dan setelah Tahu di Diri yang
sebenarnya, akan tahulah kita bahwa kesalahan besar telah kita lakukan
dalam membawa jalan kehidupan. Suatu pandangan hidup yang
salah, kerana yang mati selama ini dianggap Hidup,
sedangkan yang sebenarnya Hidup, tidak
diperdulikan.
Lahirlah, lahirlah manusia baru di
dunia. Semua orang, semua umat, semua manusia di mana-mana di dunia
menunggu kedatangannya, kelahirannya. Insha ALLAH.
Bagiku setelah aku menemui jalannya,
aku pelajari Dia Isinya serta Rahsianya. Maka
tahulah aku akan dia yang sebenarnya. Aku telah menemuinya Diriku yang
sebenarnya.
.
No comments:
Post a Comment