Apa
yang tidak ada padaku, ada padamu, dan apa
juga tak ada padamu ada padaku.
Engkau
selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan Aku,
walaupun Aku sentiasa berada bersamamu. Dalam banyak hal aku yang menderita, kerana aku yang
merasakan.
Sekarang
Aku berjalan dan engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan
mempelajari, hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu, setelah
mempelajari perjalanan ku, akan banyak mendapat yang tidak engkau ketahui
selama ini.
Aku
yang berbuat, engkau yang melakukan dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu
terletak pada Ku dan bahagiaku padamu. Aku sangat merasa bahagia kalau yang Aku
perbuat dan lakukan bersertamu menghasilkan yang memuaskan. Lambat-laun
engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya.
Dan adalah perbuatan ku bagi mu namanya i l m u. Oleh kerana Aku
ghaib sifatnya maka namanya ilmu ghaib.
Rahsia
kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan-latihan yang telah kita
lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang
terasa betul pada hujung kuku kita, pada hujung jari-jari kita. Dan kita
telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita dan yang
dilahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah Diri yang berdiri dengan
sendirinya, bergerak dan berjalan dengan sendirinya, akan tetapi duduk di
tempatnya.
Keluarnya
dari badan kita melalui
saluran-saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang setelah sanggup menembus
alam sendiri, akan sanggup pula
menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan “RAHSIANYA”
yang sebenarnya.
Ibu
melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap dengan pembawaan, dan
kelahiran kita mengandung pembawaan
itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita, supaya hidup dapat menikmati Kebahagiaan hidup, maka
adalah tugas kita melahirkan kandungan kita iaitu pembawaan dari Rahim ibu.
Kebahagiaan
hidup yang kita alami di rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan
hidupnya bonda mengandung atau dengan 2 (dua) keadaan hidup; iaitu pertama yang
mengandung dan yang kedua yang dikandung.
Sebelum
kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa
akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup
sendiri. Maka untuk
kesempurnaan jalannya kehidupan kita, lahirkanlah itu kandungan sendiri. Kelahirannya mendatangkan hidup baru bagi kita dan
seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.
Kita
telah bertahun-tahun berjalan sendiri-sendiri mengharungi lautan hidup yang tak
bertepi itu. Maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu.
Apabila
itu “Hidup” tidak kita pergunakan tak perlu disesalkan kalau satu saat nanti
kita ditinggalkannya.
Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi
manusia baru dengan tenaga baru. Dan yang Hidup itulah pegangan kita. Dia
juga tadinya ter Rahsia di dalam batang tubuh kita, setelah terlahir, maka
telah menjadi kita, kerana perjalanannya
di dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan penyerahan kita
yang bulat kepadaNya, maka seluruh keadaan telah dipunyai Nya, dan Dialah yang menjadi kita.
Jalan yang
sebenarnya
telah kita temui, iaitu jalan yang bergerak
sejak dari titik di dalam sampai menebus
alam sendiri.
Dia telah
lahir.
Kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakanlah itu
tenaga baru, iaitu tenaga yang
selama ini tersembunyi di dalam batang
tubuh kita.
Kita tinggalkan jalan yang tak berarti dan turutkanlah jalan
yang berisi. Jalan yang berisi
kita katakan, isinya ialah nikmat yang berasal dari nikmatullah yang
dikurniakannya kepada kita, yang bukan
dimurkai, dan bukan pula
sesat.
.
Bagaimana cara untok mengikut jalan nya
ReplyDelete