Sekarang kita kembali mempelajari
kisah yang pertama iaitu kepada:
“RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU”
Pengertian kebanyakan orang tentang
perkataan di atas, ialah di waktu mendapat kesulitan, yang mana dia tak dapat menyelesaikannya, maka
dilahirkannyalah perkataan tersebut di atas “Rumah nampak jalan tak tentu atau
tidak tahu”.
Ke mana tujuannya yang sebenarnya
perkataan itu? Biasa tiap-tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia
lapangan untuk itu. [nota ‘Ain Mutiara: lapangan =
tanah yang telah dibersihkan/ dilapangkan untuk tapak rumah]. Dan
sebelum rumah dibikin selamanya ada jalan untuk ke lapangan itu dan seterusnya
sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada, dan dalam hal ini
kejadian lain: Rumah
nampak jalan tentu. Pastilah ini bukan rumah yang sebenarnya rumah yang
dimaksudkan yang penuh mengandung Rahsia itu, ialah badan Diri kita.
Bukankah di dalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita?
Jadi ada lah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu; untuk
menjadi buah pemikiran bagi orang di belakang hari.
Jadi adalah untuk memecahkan
“Rahsia” rumah itu, kita mesti cari jalan untuk memasukinya. Kita harus
menegnal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaannya sampai kita
dapat mengenal Diri sendiri. Dan diri itulah yang mengandung “Rahsia”.
·
Bagaimanakah
jalan untuk mengenal Diri itu, dan apa lagi menguasainya?
·
Dengan
alam fikirankah?
·
Sanggupkah
tenaga alam fikiran kita menemui Diri secara positif?
·
Kuatkah
saraf-saraf kita untuk itu?
Tenaga
alam fikiran kesanggupannya ialah mengkhayal,
menggambarkan barang yang tidak ada, tapi ada.
Ada
dalam angan-angan, dalam cita-cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan Ilmu Pengetahuan mengkehendaki positif,
kenyataan atau realiti.
Jalan untuk mengetahui itu letaknya
di “Rasa” kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung “Rahsia”. Dan kalau “Rasa” yang sebenarnya telah kita
perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.
Untuk mendapat “Rasa” yang sebenarnya
secara positif, kita harus menembus dinding yang menutup aliran dari dalam itu.
Pada huraian yang sudah, telah diterangkan, bahawa di dalam batang tubuh kita,
mempunyai dua
aliran pada jalan yang sama. Aliran
yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliran batin.
Kedua-duanya
berdindingkan bulu dan kulit. Untuk mengetahui isi, tentu
kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.
Kedua aliran itu berisikan
daya tenaga, iaitu yang satu berisikan tenaga “Hidup” dan satu lagi berisikan
daya tenaga kehidupan disebab keranakan adanya yang menghidupkan berada
bersertanya.
Tenaga hidup tersebut ialah tenaga
mendatang dengan sendirinya dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat
mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan sehari
hari.
Kehidupan kita di dalam, penuh berisikan
pergerakan-pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu,
hendaklah kita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya dengan mengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya.
Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi,
iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya.
Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati. Caranya
ialah dengan duduk
tenang, hentikan segala gerak geri kita di luar, dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan
yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun
naiknya pernafasan kita.
Latihan ini lakukan dan bawakanlah dengan
berulang-ulang sampai kita dapat menurutkan
jalannya gerak pernafasan kita dari dalam. Bagi kita dalah gerak pernafasan itu terjadi
dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui
hendaknya, bahawa ada sesuatu yang
terkandung di dalam batang tubuh kita.
Sudahkah kita dapat mengetahui
sampai merasakan dan mengakui kepastian, bahawa adalah yang kita kandung itu
ialah yang dinamakan “ROH” – jiwa – nyawa – dan sebagainya?
(*** pending nota pengulas)
Pelajari keadaan badan Diri kita
semenjak dari luar sampai ke dalam sampai mendalam, sampai kita menemui apa
yang dinamakan orang nyawa – jiwa – dan Roh itu. Dan setelah mendapat
kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu. Janganlah kita menjadi pak turut, menerima
apa sahaja apa yang dikatakan orang.
Kita ingat pada kita sendiri sewaktu
dalam kandungan, iaitu kejadian di bumi dan alam yang sempit, yang bagi ibu
yang mengandung dan hanya merasakan pergerakan di dalam sebagai pembawaan nya dan
untuk inisi ibu harus melahirkan kandungan itu menjadi kenyataan.
Kita yang tadinya dikandung, setelah
terlahir maka kembalikannya yang terjadi, iaitu mengandung.
Sebagai mana ibu kita menanggung
sewaktu kita di kandung, maka setelah terlahir, sebelum kita melahirkan kandungan kita, kita
senantiasa akan menanggung.
·
Rahsia
kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya kita,
·
akan tetapi
sudahkan kita mengetahui akan “Rahsia” kandungan kita?
Untuk
mengetahuinya tentu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama
mengandung, berlainan kandungan dan penanggungan.
·
Rahsia yang
pertama yang dilahirkan anak
·
dan apa
kiranya “Rahsia” kandungan yang kedua?
Sewaktu
kita di alam kandungan tinggal di alam yang sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa-apa, tak tahu berasa lapar,
tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akan tetapi setelah kita berapa
di alam lapang, di alam yang dinamakan dunia kita merintih – menangis – lapar –
haus dan lain sebagainya.
Kenapa kita
berasa kekurangan dan sentiasa tidak puas? Renungkanlah
dalam-dalam cuba balik-balikkan fikiran kita sewaktu
kita di dalam kandungan dan kepada sewaktu di
luar kandungan.
Kita telah kehilangan sesuatu, iaitu
tali
pergantungan, tali yang berisikan serba ada untuk
kebahagiaan kita. Kita telah
kehilangan “Bahagia” dengan terputusnya tali pergantungan kita. Si
ibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar suara yang
dilahirkannya, tak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya si anak yang tak
tahu apa-apa setelah lahir, berontak mengeluarkan suaranya kerana tali
pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya diputuskan.
Putus sudah tali hubungan yang
dikandung dengan yang mengandung. Kalau tadinya si budak dapat makan lansung
dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari
luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya
yang telah dijalaninya.
Dan semenjak
terputus tali pergantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah
kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk
kelanjutan hidupnya dia harus pelajari itu “Hidup” yang ada padanya. Jadi untuk mengetahui “Rahsia Hidup” itu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama-sama
mengandung berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah diketahui, iaitu
anak. Kandungan kedua tak mungkin anak, kerana seperti yang telah dikatakan
juga, berlainan kandungan letaknya pun berlainan,
- · kandungan pertama letaknya di perut, di rahim ibu dan
- · letaknya yang kedua iaitu bukan di perut melainkan di dalam dada kita.
Mungkinkah
kita bisa melahirkan kandungan kita itu? Sanggupkah kita sendiri melahirkannya
untuk mengetahui dan memecahkan Rahsia nya?
.
No comments:
Post a Comment