Kecerdasan
kita menjadikan Dia besar, memperkembang Dia, menjadikan Dia
kita bahkan lebih dari itu, kerana dia ada di dalam dan di luar kita.
DIA
sedikit, kita perbanyak dia setitik kita gunungkan, sekepal kita lautkan, sudah
banyak kita perbanyak, kerana Dia ada di langit, ada di bumi dan di mana-mana
sahaja.
Gali
dan pelajarilah yang sedikit itu sampai dikuasai hendaknya.
Mereka
bertanya kepada ENGKAU (Muhammad) mengenai “Roh” Jawablah; “Tiada aku diberitahu tentang itu
kecuali sedikit.” Bukankah yang sedikit kata Tuhan kepada Muhammad itu, sama
dengan yang sedikit yang tak bisa diperdayai oleh syaitan iblis? Muhammad
Rasulullah diwahyukan TUHAN kepadanya rahsia yang sedikit. Ini kepada manusia MUHAMMAD
yang telah diangkatnya, dijadikan utusannya.
Si
iblis tahu yang sedikit itu, sewaktu mula manusia pertama dijadikan TUHAN.
Diakuinya bahawa ‘yang sedikit’ itu tak sanggup DIA memperdayakannya
memusnahkan, kerana dia kekal dan abadi. Dan iblis tahu kejadian manusia di
luar yang sedikit itu berasal dari tanah
dan tidak kekal dan akan hancur kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Dari itu
makanya mudah dia memperdayakan manusia. Jadi bagi yang sekarang, yang amat
penting TAHU. Sekali lagi TAHU dan
itulah ilmu.
Ketahuilah
yang sedikit itu ada padamu dan menjadi tahulah engkau
akan keadaannya. Tahulah di DIRI, tahulah di BADAN. Kalau tadinya pengertian
kita itu kepunyaan badan maka ketahuilah olehmu bahawa badan itu kepunyaan Diri. Untuk mengetahui selanjutnya, pisahkanlah
dahulu yang mana yang badan dan yang mana yang diri.
Berdirilah
pada DIRI dan
jadikanlah badan itu Diri sendiri yang penuh mengandungi Rahsia dan banyak
mengetahui Rahsia.
Dia
– buta – pekak - Dia bisu - Dia tak berakal - Dia tak bersuara, tetapi dia tahu.
Tahu
itu yang tak ada pada kita. Dari itu dijadilah orang yang tahu sampai serba
tahu. Untuk itu hendaklah kita ketahui Dia dan hiduplah berserta Nya dan dengan
Dia. Berbuatlah dengannya, walau apa yang dilakukan dan jangan tinggalkan Dia,
walau di mana kita berada.
Ke-ada-an Nya bersama
kita terbatas, tertentu, ditentukan oleh yang menentukan. Dan lantaran keadaan
kita pula makanya Dia berdiri bersama kita dan itulah diri kita yang berdiri
dengan sendirinya, yang tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh
hujan, yang kekal dan abadi, yang tak terpedaya oleh syaitan iblis, yang
sanggup menguasai keadaan, menguasai masa, anti peluru kebal, sanggup
menundukkan musuh, bahkan harimau bisa sujud kepadanya. Bukankah lantaran Dia
makanya diperintahkan sujud makhluk-makhluk lain termasuk malaikat.
Suaranya mengguntur, katanya beriman,
tindakannya menuju kepastian, kalau tak dikatakan pasti, baiknya luar biasa, tetapi
bengisnya bukan kepalang, hati-hatilah kepadanya, jagalah jangan sampai dia
marah, kerana kalau dia marah dia marah benar dan bukan marah-marahan.
Orang
biasa, tak sanggup menghadapinya, kerana Dia tahu, dia banyak sudah Tahu kerana
dia berilmu. Hanya orang yang berilmu bisa menghadapinya inipun bergantung
kepada dalam dangkalnya ilmu orang itu, tinggi rendahnya tingkat ilmu orang itu
dan benar tidaknya dasar ilmu orang itu. Ilmu yang tak benar mendekatinya pasti hancur dan akan hancur
dengan sendirinya bila berhadapan dengannya apalagi orang
mempergunakan apa yang dinamakan ilmu
akal, untuk menarik keuntungan untuk diri sendiri.
Dia
berfirasat, firasatnya halus dan dalam, mempunyai kesanggupan di segala bidang,
ahli di dalam segala hal ahwal, bisa menundukkan lawan dan kawan dan bisa
menyesuaikan diri di mana-mana. Dan banyak lagi, masih banyak lagi Rahsianya
yang patut diketahui.
Pokok-pangkal
dari keluar-biasaan itu ialah yang dikatakan sedikit oleh TUHAN kepada MUHAMMAD
RASULULLAH yang tak terpedayakan oleh syaitan iblis itu. Bahkan
iblis bisa lenyap dan hancur dibuatnya.
Itulah
Dia “Hidup” yang
menghidupkan kita di dalam. Dia meisi
jalannya kehidupan kita, meliputi keseluruhannya, dan ditutup dan dibatas oleh
bulu dan kulit kita. Dan bagi kita orang nyata, alirannya itu aliran
negatif namanya, tidak nyata.
Ilmu
pengetahuan tak dapat memungkiri akan keadaannya aliran ghaib itu. Aliran ghaib
kita namakan kerana berasal dari yang ghaib dan mengandungi rahsia ghaib.
Bagi
yang ingin mengetahui RAHSIA nya, apalagi untuk menguasainya adalah menjadi
tugasnya, menjadi kewajipannya mencari dan mempelajari dari negatif ke positif dari
dari tidak nyata kepada kenyataan dan sampai mempunyai itu tenaga ghaib, bahkan
bisa sampai menjadi orang “AJAIB”.
Dan
untuk menjadi orang ajaib,
setidak-tidaknya mempunyai tenaga ghaib. Orang harus mempelajari kejadian sendiri lebih
dahulu. Dapat memahami perbezaan badan dan diri, antara yang hidup dan yang
mati, antara yang akan kembali dan yang akan pulang,
sebab masing-masing akan pulang dan akan kembali ke asalnya.
Untuk
mengetahui yang mana badan, semua orang tahu sudah. Akan tetapi pengetahuan kita
mengenai badan itu kita tingkatkan kepada ke-ada-an
nya yang terdiri dari, kalau kita mulai dari luar dan ambil kesimpulannya
iaitu: bulu, kulit darah daging – urat – tulang - otak besar - otak kecil –
hati – jantung – limpa - rabu empedu. Dan adalah letaknya dan duduknya
bahagian-bahagian badan itu begitu baik aturan dan susunannya, kerana disusun
dan diatur oleh yang MAHA PENYUSUN dan MAHA PENGATUR, iaitu YANG MAHA PENCIPTA,
ALLAH.
Untuk
mempelajari, kita mendapati barang yang sudah jadi, yang sudah ada. Tak perlu
kita fikirkan lagi bagaimana pembikinnya. Kita pelajari barang yang sudah ada,
ada pada kita dan ada pada orang lain. Yang dikehendaki dalam hal ini ialah
kecerdasan dan kearifan dan berperasaan. Kecerdasan, kearifan dan Perasaan dan pengetahuan
lain-lain nanti (buku-buku - kitab-kitab) akan membenarkan akan adanya itu Hidup, itu Diri, itu yang ghaib
di dalam batang tubuh kita yang mempunyai aliran hidup yang tersendiri menjalani
jalan yang telah ada, yang berbataskan menurut batas yang telah ada pula, iaitu
bulu dan kulit kita.
Dan
untuk memastikannya atau membawanya kepada kepastian, maka kita harus membuka
pintu baginya, supaya kita dapat mengetahui ke-ada-an nya yang
sebenarnya. Membukakan pintu
bererti memberi jalan buat Dia keluar.
Cara
nya tidak boleh dengan dipaksakan, umpamanya melukakan sedikit anggota badan.
Dengan cara begitu kita tidak akan menemuinya kerana dia tidak mahu badannya
dirosakkan. Dia
sendiri yang berada di dalam sangat ingin sekali hendak keluar, ingin bebas
tetapi tidak lepas. Dia
sangat berasa tertekan, terkurung, terkongkong, terjajah, tersiksa oleh kerana
jalan hidup yang salah kita bawakan di luar.
Dia tahu, tetapi tak
berdaya oleh kerana terkurung. Anak kunci dipegang oleh orang luar. Kita
pelajari Dia, kita ketahui ke-ada-an nya
dan kita cari anak kunci untuk membukakan pintu baginya.
Kalau
pintu telah terbuka dan jalan untuk keluar telah ada padanya, tentu dia akan
jalan keluar dengan sendirinya, sedangkan yang dinamakan anak kunci tetap berada di tangan kita.
Dan hidup matinya di luar bergantung kepada kita. Dia akan pergi dan dia akan
kembali. Dia
pergi, akan tetapi tetap duduk di tempatnya.
Setelah
pintu terbuka dan Dia telah keluar, maka Perasaan, kecerdasan dan kearifan kita
akan membenarkan dan mengakui akan ke-ada-an
nya.
Perasaan kita yang akan menangkapnya, mengetahuinya dan menentukan yang mana yang dia yang sebenarnya. Setelah terasa dan merasakan jalan keluar-masuknya itu, dapatlah kita membezakan mana yang dia dan mana pula yang kita, mana yang diri dan mana pula yang badan. Dan itulah dia yang sebenarnya Aku yang telah mendapat pengakuan. Aku yang terahsia letaknya dan banyak mengandung rahsia. Aku telah menemuinya dan bertambah kuatlah aku sekarang, kerana dia benar-benar telah menjadi Aku. Dan dia telah lahir, yang dinantikan telah datang, itu yang benar, dibenarkan oleh Yang Maha Benar, dan Akulah itu.
.
No comments:
Post a Comment