Dan adalah Aku seorang Musafir
yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepangkalan,
iaitu Pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian.
Pokok Hidup dari segala kehidupan iaitu:
“HIDUP
YANG KEKAL ABADI”
Dari SANA
Aku datang, dan ke sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak Aku menemui Diri ku
sendiri, Aku telah terlahir kembali,
dan Penemuanku itu menjadi Pegangan ku dan berubahlah jalannya kehidupan ku
sehari-hari.
Dengan
membaca keterangan ku di atas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayaiku?
Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, melainkan Aku ingin supaya
kenikmatan hidup yang Aku rasai, dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan
mempelajari caranya Aku menemuinya Diri ku dan semuga dapat dibenarkan oleh
orang yang berilmu hendaknya, dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku
ini.
Padanya banyak diperdapat
petunjuk-petunjuk dan dengan menurutkan jalannya Diri
itu
dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.
Kita telah
menjadi MANUSIA
BARU oleh kerana Dia telah
lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya, kerana pembawaannya yang
hidup lagi berisi berlainan dengan
orang banyak yang termasuk golongan MANUSIA LAMA, yang tak tahu
di diri yang sebenarnya. Kecerdasan
dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan Pengakuan dari
orang-orang, dari alam sekelilingnya, padanya. Dia
sanggup menundukkan masa, kerana Dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri. Dia
pandai membaikkan orang, kerana Dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri.
Dia anti penjajahan, kerana Dia telah merasakan bagaimana sakitnya dijajah atau
terjajah, kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung? Dan telah
banyak Pengalaman
dan Penanggungan.
Dia Suci kerana berasal dari yang Maha Suci. Dia
benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Dia lain dari yang lain, kerana keistimewaannya
terletak pada
dirinya bukan pada orangnya.
Dia bukan Tuhan kerana yang dikatakan Tuhan itu Maha Besar dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan
datangnya. “ROHKU” kata Tuhan waktu meniupkannya.
Dan bukan
pula Nabi atau Rasul kerana tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W.
.
No comments:
Post a Comment