Tenaga Rohani Dengan
Daya Gunanya
Diri yang berdiri dengan sendirinya
memberi dan mengisi aliran kehidupan kepada badan menurut
saluran-saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu
mealirI
seluruh batang tubuh kita
yang dinamakan Jasmani, dengannya terdirilah pula rohani.
Jasmani
ialah jasad atau badan, keadaannya nyata
(positif).
Diri yang memberi daya
hidup mealiri badan atau jasad, maka dia
merupakan gambaran dalam bentuk jasmani,
yang diberi nama Rohani. Keadaan tidak
nyata (negatif). Jadi, adalah pada kita aliran positif dan aliran negatif.
Sebenarnya
dalam batang-tubuh kita, kalau dipercayai, didapati tiga aliran, iaitu:
Pertama : Aliran nyata, Aliran Jasmani.
Kedua : Aliran tidak nyata, Aliran Rohani.
Ketiga : Aliran di balik tidak nyata, Aliran Diri.
Ketiga-tiga
aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita:
• Aliran Rohani berada di dalam Aliran Jasmani
• Aliran Diri berada dalam Aliran Rohani
Dan pokok
pangkal dari segala pergerakkan ialah:
• Aliran Diri menghidupkan Aliran Rohani dan mendatangkan Aliran
Jasmani
• Aliran Jasmani merupakan darah
• Aliran Rohani merupakan stroom dan Aliran Diri iaitu hidup
yang mengisi stroom.
Satu tetapi
tiga, keadaannya kandung-mengandung, jasmani mengandung rohani dan rohani
mengandung diri.
Atau dari kasar
ke halus dan ke lebih halus (isi). Untuk mengetahui dan menguasai Aliran
Rohani, kita kembali kepada jalan yang telah kita temui iaitu jalannya diri
yang telah menembus alam sendiri atau badan sendiri.
[nota 'Ain Mutiara: Asalnya Bapak Dr. Baginda Muchtar menyatakan 2 sahaja aliran dalam batang -tubuh , Izin Allah akan dihurai berasingan dalam blog yang satu lagi]
Dengan telah
ditemui aliran diri, dengan sendirinya kita telah menemui pula Aliran Rohani
kerana Aliran Diri itu terkandung dalam Aliran Rohani. Dan adalah Aliran Rohani
itu jalan bagi Aliran Diri. Dan setelah kita dapat memahami keduanya, maka
dapatlah kita membezakan jalan atau stroom dan mana pula yang isi.
Dan telah
kita temui dan kuasai itu tenaga yang tersembunyi, yang amat banyak mengandung
rahsia, iaitu tenaga ghaib (metaenergy), yang letaknya ialah di tangan kita,
atau pada kita. Asalnya dari dalam, dan adalah menjadi kewajipan kita untuk
mempelajari kegunaannya, kerana adalah dia itu serbaguna.
Untuk itu
kita harus serba
tahu.
Ketahuilah Diri mu lebih dahulu,
supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia diri mu
itu.
.
No comments:
Post a Comment