Berikut
menyusul sebuah kisah pendek berkenaan dengan sebuah rumah, iaitu berbunyi:
2) Rumah Sudah Tukang Dibunuh
Rahsia yang
terkandung dalam rumah ini, ialah sebab makanya tukang dibunuh oleh tuan punya
rumah setelah rumah siap, tujuannya supaya jangan ada orang lain yang biasa
membikin rumah seperti itu, kerana dia tak mau ada rumah lain yang serupa
dengan rumahnya.
Mengenai jalan ada pula ceritanya, iaitu
: “Di muka kita terentang jalan panjang tak habis-habisnya. Mau ke mana kita?”
Banyak orang menuruti jalan yang
terentang itu, akan tetapi tak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula
dan banyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang atau kembali dan
tak kurang pula banyaknya yang tak puas pada jalan yang ditempuhnya itu. Kalau
begitu tentu jalan yang dilalui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya
jalan atau kekurangan sarat dalam perjalanan.
Sebagai seorang Islam pada tiap-tiap
raka’at sembahyang kita sentiasa bermohon kepada Tuhan iaitu dengan membaca:
“Ihdina alssirata almustaqeem;
“Tunjukilah kami Jalan yang lurus. (Surat Al-Fatihah ayat 6)
“Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri
almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen;
Iaitu jalan nikmat yang telah engkau berikan kepada mereka, yang tiada
engkau murkai dan tiada disesatkan”
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau
kurniakan ni’kmat kepada mereka, sedangkan mereka itu bukan orang- orang yang
dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat. (Surat Al-Fatihah Ayat 7)
Sudahkah kita perdapat jalan itu?
Kalau belum, adakah pernah kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat
Petunjuk dari nya?
Berdasarkan keterangan di atas jalan
yang dimaksud tentu telah ditunjukkan kepada orang-orang yang sebelum kita,
iaitu jalan yang diberi nikmat yang tiada dimurkai dan tiada sesat.
[nota 'Ain Mutiara : Yang highlight kuning itu saya akan semak semula & edit semula kerana tak menepati apa yg Bapak Dr Baginda taip dalam Edisi ke-II Thesis beliau].
.
No comments:
Post a Comment